10 Tanda Awal Kita Adalah Pesakit Buah Pinggang Tanpa Sedar

Buah pinggang adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman anda. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang anda di belakang tubuh pada aras pinggang.

Mengapa buah pinggang penting?

Fungsi buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh.

Bagaimana buah pinggang berfungsi?

Sisa dan air yang berlebihan akan ditapis semasa darah melalui buah pinggang.

Apakah fungsi utama buah pinggang?

1. Untuk menyingkir sisa buangan

Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil “urea” dan “kreatinin”.

2.Untuk mengawal jumlah cecair

Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.

3. Untuk mengawal tekanan darah

Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.

4. Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah.

Buah pinggang menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.

5. Agar tulang kekal sihat.

Buah pinggang mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah; melalui imbangan ini, tulang akan kekal sihat.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain.

Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?

10 tanda-tanda awal penyakit buah pinggang 

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing.

Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa.

Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan.

Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Mengalami ruam dan kegatalan.

Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut.

Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah.

Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa.

Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas.

Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah.

Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala.

Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

SUMBER : http://www.freedomtolive.com.my/

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU DALAM MEMPERBAIKI MASALAH BERKAITAN BUAH PINGGANG?

Vivix tidak bertindak sebagai ubat, tetapi ia lebih kepada makanan / suplemen (minuman) yang mengandungi resveratrol yang mempunyai kemampuan untuk melawan pelbagai penyakit kronik dan memperbaiki serta melindungi sel pada tahap DNA.

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan oleh keseluruhan tubuh kita termasuklah untuk semua organ berfungsi dengan baik. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

Selain melakukan aktiviti seharian seperti pergerakan tubuh, tenaga dalam bentuk ATP ini juga untuk proses penghadaman, perkumuhan dan segala aktiviti di peringkat sel. Tanpa tenaga ATP, sel-sel tubuh akan mati. Jika banyak sel yang mati dalam organ, ia menyebabkan kegagalan fungsi organ.

Akhirnya organ tersebut tidak berfungsi langsung. Inilah yang berlaku pada pesakit buah pinggang, yang terpaksa menjalani hemodialysis kerana sel-sel buah pinggangnya telah mati dan membentuk parut (fibrosis) sehingga menyebabkan buah pinggangnya menjadi kecil dan kecut.

Jadi punca kegagalan organ dan penyakit kronik yang lain ialah apabila mitokondria gagal menghasilkan tenaga ATP yang secukupnya, menyebabkan sel tidak mempunyai cukup tenaga untuk menjalankan tugasnya sebagai sel yang aktif.

NOTA PENTING:

TINDAKAN SEGERA WAJIB diambil apabila buah pinggang dah mula mengalami masalah terutamanya jika BUAH PINGGANG ROSAK kerana bila rosak, ia akan terus merosak dan turut melibatkan masalah lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol, anemia, kekurangan vitamin D, fosforus & kalsium. BUAH PINGGANG ROSAK tidak akan dapat dipulihkan kembali 100%, tetapi peluang untuk memperbaikinya dan mengelakkannya daripada melarat ke bahagian organ lain masih ada.

Jadi, sebelum masalah menjadi LEBIH KRITIKAL, dapatkan penawar yang mampu memperbaiki tahap kesihatan buah pinggang anda seperti Vivix Shaklee  untuk meningkatkan tahap sistem imun supaya kita tak mudah terkena serangan penyakit lain.

Masih nak tunggu lagi menjadi orang yang ke 20 ribu? Sanggup menunggu? sanggup jadikan ubat sebagai makanan atau jadikan makanan sebagai ubat
Jom jadikan makanan terbaik sebagai ubat kita. makanan terbaik iaitu vivix yang membantu cukupkan Nutrisi membantu punca awal penyakit

Bagaimana mahu membeli vitamin VIVIX ini?

Cara 1

Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

Cara 2

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Uitm Shah Alam, Universiti Malaya, Menara TM

AinulMustafa

Certified Product Consultant
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717COD Area: Shah Alam Seksyen 8/9/,BukitBandarayaU11,Cahaya Alam U12, seksyen 7, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Uitm Shah Alam, Universiti Malaya, Menara TM

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge