AWAS!! Wanita Badan Cepat Gemuk Kalau Kurang Tidur

Nampak macam benda remah tapi ramai yang tak ambil peduli dengan akibat buruk jika tidak cukup tidur.

Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati, wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah.

Jadi bagi kaum wanita, anda perlu ubah gaya tidur anda supaya bukan sahaja wajah lebih berseri tapi tak ada la anda jadi ‘singa’ je sepanjang masa!

1. Wajah cepat berkedut

Kalau tak cukup tidur, mesti akan ada eyebag bawah mata. Buatkan wajah terus jadi tak cantik. Tapi ramai je wanita masih buat. Tak cukup tidur buatkan kulit cepat berkedut.

2. Cepat lupa & memori jadi lemah

Tak semestinya usia masih muda ingatan pun masih kuat. Kalau anda ni jenis suka lepak sampai ke pagi dan tak cukup tidur je, jangan terkejut tiba-tiba anda jadi pelupa. Tidur yang cukup menguatkan memori.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

3. Badan cepat gemuk

Kalau asyik berjaga mestilah perut sentiasa lapar. Lagi parah bila lewat malam je nak makan. Memang gemuk la badan tu nanti. Belum lagi kalau jenis yang lepak mamak je sampai lewat malam.

4. Emosi tak menentu & jadi ‘singa’ je

Kalau tak cukup tidur je mesti bad mood. Badan cepat penat dan suka marah-marah. Ini kerana otak tidak dapat dapat berfungsi dengan baik dan akan bertindak melulu tanpa berfikir panjang.

5. Silap-silap boleh kemalangan

Dah la tak cukup tidur lepas tu nak pandu kereta. Sekali terlelap, memang mengundang bahaya. Sila berubah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.


6. Diserang penyakit yang anda sendiri tak sangka

Jika tabiat tak cukup tidur anda tu berterusan, jangan terkejut jika anda diserang penyakit yang anda sendiri tak menduga seperti darah tinggi.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge