Cegah Kanser Sebelum Terlambat

kanser

Cegah Kanser Sebelum Terlambat ? Kita memang biasa dengar ttg kanser kan. Antara pembunuh nombor satu di Malaysia! Apa yang buat kanser ni membunuh adalah kerana biasanya ia susah nak detect kalau tak jalani pemeriksaan rutin. Tau2 bila dah ada simptom, dan bila dah keluar simptom tu…. maknanya keadaan dah teruk. Mungkin dah peringkat ke-3 atau ke-4 yakni final stage.

Macamana kanser boleh berlaku ?

Ada banyak teori, tapi kali ni kita cakap pasal 3 teori popular:

  1. sel kita sepatutnya mati dan berganti baru, tapi bila sel tak mati-mati, sel baru tetap tumbuh. sel yg tak mati ni yg jadi kanser.
  2. sel badan rosak dan sel-sel baru akan copy sel yang rosak ni. bila dah banyak sel rosak, maka jadilah kanser.
  3. mengikut sesetengah teori perawatan Islam, kanser disebabkan oleh jin.

Utk teori (1) & (2), keadaan sel yang tak berapa betul ni adalah disebabkan oleh banyak perkara. Misalnya radikal bebas, makanan yg mengandungi bahan2 kimia, penggunaan produk yg ada bahan kimia bahaya dsb.

Sebab tu kita digalakkan utk guna & amik produk2 organik utk kurangkan exposure tubuh kita terhadap bahan2 kimia bahaya ni. Tapi produk organik mahal kan? oleh itu gandakanlah income (buat Shaklee betul2 ler) supaya kita boleh tampung belanja nak dapatkan benda organik tu.

Dan kita juga mesti konsisten makan suplemen utk buang toksin2 yg masuk dlm badan kita secara tak langsung. nak taknak, hari2 kita sedut udara yang ada macam2 gas beracun… asap kereta, asap kilang, asap bakar, jerebu, etc.

Yang no (3) pulak, kat sini pentingnya amalan rohani.

Amalan kesihatan yang baik BUKAN JAGA MAKAN JER. tak guna kalo makan kita kemain jaga tp aktiviti tak sihat juga, amalan rohani tak buat… ada 5 tiang utk penjagaan kesihatan:-

  1. makanan sihat dan seimbang
  2. aktiviti sihat
  3. kegiatan sosial yang sihat
  4. amalan spiritual yg sihat (amalan rohani)
  5. pengambilan suplemen

Suplemen dh jadi wajib skg tau… kita makan ‘makanan sebenar’ tp hakikatnya nutrien dalam tu dah tak cukup disebabkan macam2 kerja teknologi dlm pemakanan ni….. last2 kita cuma makan untuk kenyang je, bkn utk dapat nutrisi.

Amalkanlah 5 perkara di atas, mudah2an kita menjadi lebih sihat fizikal & emosi… dijauhkan dari kanser.

cegah kanser sebelum terlambat

Kita semua berisiko mendapat kanser. Jom Cegah Sebelum Terlewat

Tahukan anda bahawa Statistik 2007 yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kanser adalah penyebab kematian dalam hospital kerajaan yang ketiga terbesar selepas masalah jantung dan jangkitan kuman.

Lebih ramai wanita Malaysiamenghidap kanser berbanding lelaki, di mana kanser payudara adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka.  cegah kanser sebelum terlambat

Bagi lelaki pula, jenis utama ialah kanser paru-paru. Kanser kedua terbesar ialah kanser usus bagi lelaki dan wanita, manakala leukimia atau kanser darah pula adalah paling ramai dihidapi kanak-kanak.

Takutkan, membaca statistik yang dijalankan di Malaysia, ini bermakna walaupun ada sihat, tapi anda tetap berisiko untuk mendapat penyakit ini sama ada diwarisi secara genatik ataupun disebabkan oleh gaya hidup anda kurang sihat, dimana kurang menjaga cara pemakanan & bersenam.

Penyakit kanser adalah penyumbang jumlah kemaatian ke 3 terbanyak di Hospital Awam, cuba bayangkan sekarang berapa banyak orang yang sedang berjuang habis-habisan melawan penyakit kanser yang sedang dihadapinya. 

Selain itu hampir 200 jenis kanser berisiko untuk dihadapi oleh manusia. Simptom untuk kanser itu boleh dikategorikan kepada dua jenis, sama ada simptom akibat kesan setempat atau simptom umum.

Simptom untuk kesan setempat bergantung pada lokasi sel kanser. Contohnya bengkak, sakit atau perubahan pada kulit yang melapisi kawasan kanser itu seperti kanser payudara. Bagi kanser usus pula, susah membuang air besar atau cirit-birit yang berlaku berulang kali atau najis mengandungi tompokan darah. Bagi kanser paru-paru pula ialah batuk berpanjangan atau susah bernafas.

Faktor Penyebab Kanser

Di sini juga saya ingin berkongsi sebab atau faktor yang boleh menyebabkan kita semua berisiko mendapat penyakit kanser.

1. Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.

2. Pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks.

3. Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.

4. Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan.

Sumber

Bagaimana sel kanser boleh berlaku. 

Basically,.. Sebenarnya, sel kita ni akan mengalami pembahagian sel. Menghasilkan sel baru bagi menggantikan sel yang rosak atau tua. Kalau istilah kita ni, macam mati. sel akan mati,semua jenis sel. Sel ada banyak kan..sel darah, sel tulang, sel saraf, sel otot dan sebagainya. Jadi, bila sel-sel lama mati, badan kita akan hasilkan sel-sel baru melalui proses pembahagian sel. Amazing kan badan kita ni..

Sel yang mati, ada dua kategori.

1) mati secara semulajadi bila dah cukup usia atau bila dah rosak. ini dipanggil APOPTASIS. proses kematian sel secara semulajadi mengikut fitrah

2) sel mati sebelum waktu. uiii, sel pon boleh mati sebelum ajalnya tau. Sel yang mati akibat dibunuh oleh faktor luaran seperti toksik, bahan kimia, radikal bebas, radiasi, trauma dan kecederaan. Ini dipanggil sebagai NECROSIS.

Lumrah juga, bila sesuatu itu berlaku dalam keadaan tidak mengikut fiitrah, maka ketidakseimbangan akan berlaku. Dalam erti kata lain, akan berlakulah macam-macam akibat yang kurang menyeronokkan. Sama juga sel.

Bila sel mati secara semulajadi, Alhamdulillah. o.k.. tapi bila tak semulajadi, then,ia boleh menyebabkan inflamasi atau radang di kawasan sel yang mati.

Contohnya, kaki pesakit diabetes. nampak hitam. Itu maksudnya, sel epidermis pada kulit itu dah alami kematian secara tak normal.

contoh lagi? Sel pada jantung yang tak cukup oksigen. boleh sebabkan salur darah ke jantung tersumbat dan sel jantung boleh alami juga proses kematian sel secara abnormal (tidak normal). Tu yang sakit jantung jadi pwmbunuh no 1 sekarang ni..cegah kanser sebelum terlambat

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply