vivix kesuburan

IUCD : Perancang Keluarga Terbaik ?

IUCD MULTILOAD CU250 ATAU CU375

IUCD atau “intrauterine contraceptive device” ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali. Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid. Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.

KELEBIHAN IUCD

  • Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
  • Tidak mengganggu penyusuan bayi
  • Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
  • Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala

PROSEDUR MEMASUKKAN IUCD

Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akanmengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akanmemotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.

Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan. Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:

  • Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
  • Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
  • Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
  • Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
  • Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal

Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)

PROSEDUR MENGELUARKAN IUCD

Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor. Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.

Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akandikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis. Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.

IUCD MIRENA

IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.

SUMBER

  1. DRLINA

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge