seks ketika isteri sarat mengandung elak suami curang

Jangan Takut ‘Bersama’ Waktu Hamil, Ini Petua Mudah Elak Suami Curang Ketika Isteri Sedang Sarat

Sepanjang usia kehamilan ibu jadi tidak berminat melakukan hubungan seks. Bukan tidak kasihankan suami yang sering memberi reaksi mahu berasmara dengan isteri.

Namun, isteri tidak berdaya bersama setelah pelbagai simptom kehamilan mematikan moodnya. Mahu atau tidak suami terpaksa menahan diri, melihat akan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan dan demi anak tersayang yang di kandung.

Apakah ketika mengandung ibu tidak ada perasaan terhadap seks dan adakah seks ketika mengandung itu membahayakan janin, ikuti kupasan bersama Dr. Patricia Lim Su Lyn.

TETIBA NAFSU MENURUN

“Ibu usah menyalahkan diri mengapa dirinya tidak berminat melakukan seks. Sememangnya ketika mengandung nafsu akan menurun disebabkan perubahan hormon. Tambahan pula pada trimester pertama ibu mengandung mengalami alahan muntah-muntah, mual dan cepat penat.

Perubahan mood dan badan yang menyebabkan sakit dan berasa sensitif di bahagian payu dara dan tulang belakang boleh merendahkan nafsu ibu mengandung. Keadaan minda ibu mengandung yang sensitif atau negatif tentang perubahan badannya yang semakin sarat juga boleh menyebabkan nafsu menurun,” kata Dr. Patricia yang turut mengadakan ada ibu yang tidak terjejas untuk melakukan seks.

Bagi ibu yang merasa takut untuk melakukan seks bimbang akan memberi risiko kepada bayinya, ibu harus faham hubungan seks ketika ini membawa banyak kebaikan. Sama ada dari segi psikologi dan fizikal di samping mengeratkan hubungan suami isteri.

Ia boleh dilakukan jikalau ibu mengandung tidak mempunyai kandungan yang bermasalah seperti pendarahan (terutamanya pada waktu awal mengandung), pecah air ketuban, uri dalam kedudukan rendah (placenta preavia/low lying placenta) khususnya jikalau adanya pendarahan dan pangkal rahim yang lemah (cervical incompetence).

Jika semua itu tidak ada dan hanya kebimbangan ibu sahaja, cubalah beri peluang kepada suami untuk membelai anda. Mana tahu ia menghilangkan tekanan anda yang selama ini tidak tahu puncanya.

KAITAN SEKS DAN MUDAH BERSALIN

“Ada penyelidik yang menyatakan seks ketika ibu sarat terutamanya ketika sudah menghampiri tarikh bersalin iaitu minggu 37 ke atas boleh memudahkan atau memulakan proses bersalin. Ini adalah kerana air mani suami mengandungi prostaglandin. Elemen yang penting untuk melembutkan pangkal rahim dan penyebab sakit kontraksi bermula.

Oleh itu, ibu mengandung disarankan supaya mengelak daripada membuat hubungan seks dalam trimester ketiga sebab khuatir bersalin awal dan bayi pramatang. Ibu harus bijak merancang dan tahu kondisi badannya untuk membuat hubungan seks,” kata Dr Patricia lagi.

POSISI KETIKA SARAT

Sesetengah ibu yang sarat jadi tidak selesa ketika bersama, bagi membantu ibu beliau menyarankan beberapa posisi seks yang boleh dicuba. Antaranya…

  1. Posisi di mana suami berada di atas, jika tidak selesa lagi cuba posisi lain.
  2. Ibu di atas
  3. Baring di tepi suami seperti sudu (spooning position)
  4. Duduk di atas suami; posisi di mana ibu mengandung di atas dua belah tangan dan kaki ( all 4s position/doggy style).
  5. Duduk di atas meja/kaunter
  6. Posisi seks berdiri.

Posisi- posisi ini boleh memberi lebih kepuasan kepada ibu mengandung, tambahan pula selamat kerana bahagian abdomen ibu tidak dihimpit. Mengelak daripada beban badan suami ke atas perut ibu mengandung.

Jarak penetrasi dapat dikawal oleh ibu mengandung kerana bahagian pangkal rahim ibu mengandung lebih sensitif pada waktu mengandung.

Ibu sahaja yang faham bahasa tubuh mereka boleh melakukan hubungan seks atau tidak. Jika ibu tidak berapa yakin dan bimbang memberi risiko kepada bayi, ibu harus pandai berkomunikasi dengan suami.

Nyatakan tentang nafsu terhadap seks anda menurun. Supaya suami faham bahawa penurunan nafsu ini bukan disebabkan oleh hal-hal lain, tetapi perubahan hormon dan badan yang dialami oleh ibu mengandung. Diharap suami anda memahami dan bersabar buat sementara waktu. Jika suami masih meminta, puaskan nafsunya dengan cara lain tanpa perlu bersetubuh.

Kadang-kala segolongan suami juga mengalami penurunan nafsu disebabkan oleh beban menjadi ayah yang bertanggungjawab, khuatir hubungan seks boleh menyakiti bayi dalam kandungan, atau bimbang tentang keadaan/kesihatan bayi dalam kandungan. Bersyukurlah anda jika ada suami sebegitu. Hargainya dirinya sepenuhnya bukan mudah untuk menahan nafsu. Buktinya ramai kaum suami curang ketika isteri sedang sarat mengandung

sumber: mingguanwanita

vivix untuk mati pucuk

VIVIX : VITAMIN TENAGA BATIN DAN ELAK MATI PUCUK

Menurut kajian yang telah dibuat di Universiti Harvard, anggur dan polyganum cuspidatum (Knotweed Jepun) telah dikenalpasti antara antioksidan terbaik yang membantu menurunkan paras asid urik dalam badan.

Kedua-dua ramuan ini adalah antara ramuan utama DALAM VIVIX berkaitan dengan masalah lelaki yang ada mengalamai masalah lemah tenaga batin or ED atau mati pucuk. Jadi Vivix lah yang paling sesuai !!Okey mari saya huraikan kandungan apa yang ADA dalam Vivix ni.Yang boleh membantu mengawal masalah mati pucuk ni.

  • bahan dalam vivix: polyganum cuspidatum – sejenis resveratrol
  • resveratrol ni antioksidan paling power.
  • sebelum itu, tau tak macam mana cara viagra bertindak ?
  • viagra bertindak dengan meluaskan salur darah area xxxx tu
  • jadi macam mana resveratrol bertindak macam viagra ni ?
  • resveratrol meningkatkan pengeluaran nitrik oksida. nitrik oksida ni bantu salur darah mengembang, dan memudahkan laluan di bahagian itu (tak sumbat)
  • kalau viagra ni dia expand salur darah yang kecik je tapi resveretrol boleh buat lebih dari tu, hingga arteri utama.
  • bila takde masalah tersumbat bahagian salur darah kt situ, maka mati pucuk boleh dibantu dengan vivix.

vivix shaklee tingkatkan prestasi seks

CARA ORDER VIVIX SHAKLEE

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge