atasi masalah kesihatan jerawat dengan vivix shaklee

Muka Berjerawat ? Anda Ada Masalah Kesihatan !!!

Hadui muka berjerawat, ada kawan kata, takpa kita pakai je produk yang boleh cover makeup, kita pakai je krim tuh krim nih, ok, nampak jerawat dah susut. Tapi tahu tak ? sebenarnya ada beberapa kajian menunjukkan, jerawat sebenarnya menunjukkan masalah kesihatan dalaman yang berlaku dalam badan kita. Hahhaha, nak tahu tak masalah jerawat tuh apa tandanya ? Yang ni kami terbaca blog iluminasi, tengok tanda-tanda jerawat kepada masalah kesihatan.

1. DAHI

Mewakili pundi kencing dan usus (sistem penghadaman dan tekanan). Bintik-bintik hitam atau jerawat di bahagian dahi mungkin adalah disebabkan peluh daripada rambut berminyak atau terlupa untuk mencuci mekap. Namun, jika itu bukan sebabnya, maka ia boleh jadi disebabkan oleh isu pemakanan. Dahi cenderung untuk bertindak balas apabila sistem penghadaman menghadapi masalah untuk menghadam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat, atau makan terlalu cepat.

Bahagian ini juga merupakan petanda bagi masalah pundi kencing dan dehidrasi. Tekanan dan kekurangan tidur juga boleh memburukkan lagi keadaan, dan memberi kesan kepada sistem penghadaman dan membuatkan badan anda kekurangan air, yang mana akan memberi petanda melalui dahi anda.

2. ZON-T

Mewakili hati dan perut (dehidrasi, terlalu banyak alkohol, makanan berminyak). Bahagian ini bertindak balas dengan sensitif terhadap alkohol, makanan berminyak dan kurangnya air dalam badan. Alkohol boleh menjejaskan asid di dalam perut anda, yang akan mengusir toksin ke bahagian lain di dalam badan. Makanan segera juga boleh menjadi penyebab di bahagian oleh kerana beberapa sebab. Pertamanya, lemak dan minyak yang digunakan untuk memasak menyebabkan ketidakseimbangan di dalam perut anda. Kedua, pengambilan gula berlebihan dari makanan segera menjejaskan hormon dan ketahanan hormon.

3. HIDUNG

Mewakili jantung (tekanan darah, masalah peredaran darah, pengambilan garam). Hidung cenderung untuk bertindakbalas terhadap tekanan emosi dan masalah peredaran darah. Bintik hitam dan jerawat pada hidung berpunca daripada tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dalam darah, tekanan tinggi, dan juga pengambilan alkohol dan lemak yang tidak baik secara berlebihan. Rasa cemas, sedih, tertekan dan kemarahan juga antara penyebab di bahagian hidung.

4. BAHAGIAN ATAS BIBIR

Mewakili hormon dan usus (ketidakseimbangan hormon, ovulasi, kitaran haid). Kawasan ini cenderung untuk bertindakbalas pada waktu berbeza ketika haid, bergantung kepada hormon. Bagi sesetengah wanita, ia mungkin terjadi ketika sedang haid, dan bagi yang lain mungkin ketika hari ke-14 proses ovulasi. Jerawat di bahagian atas bibir juga menandakan kekurangan serat dalam badan.

5. DAGU

Mewakili perut, buah pinggang, organ pembiakan (hormon, dehidrasi, makanan berminyak). Dagu adalah zon utama untuk tumbuhnya jerawat disebabkan hormon. Ia boleh terjadi ketika zaman remaja, ketika haid, dan juga ketika perubahan fisiologi ketika umur 20-an dan 30-an. Dan bukan itu saja, dehidrasi dan makanan berminyak juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian ini.

6. TELINGA, PENJURU MATA, DAN DI BAWAH MATA

Mewakili buah pinggang (dehydration, tekanan, penghasilan minyak berlebihan). Jika berlaku sesuatu di kawasan ini, ia mungkin terjadi kerana kekurangan tidur dan tekanan. Tetapi, ia juga berkait rapat dengan buah pinggang dan tahap hidrasi anda.

7. PIPI

Mewakili paru-paru dan sistem pernafasan. (Alahan, merokok, pencemaran, kotoran dari bantal atau telefon). Bahagian atas pipi berkait dengan sinus dan bahagian bawah pipi berkait dengan mulut. Pipi kiri pula mempunyai kaitan yang kuat dengan hati, dan pipi kanan berkait dengan paru-paru. Kulit yang tidak baik di bahagian pipi boleh diburukkan lagi oleh alahan, asma, pencemaran udara, merokok, dan kurang bersenam. Penyakit gusi dan pengambilan gula yang tinggi juga boleh menyumbang kepada isu ini, kerana pipi berkait juga dengan mulut.

8. GARIS RAHANG

Mewakili kebersihan dan perut (kotoran, makanan berminyak). Garis rahang adalah pusat bagi pertumbuhan jerawat yang disebabkan oleh makanan berminyak.

9. LEHER

Mewakili tiroid (penyakit). Mereka yang mempunyai tiroid yang kurang aktif mempunyai tahap hormon progesteron yang rendah. Ini kerana kurangnya hormon tiroid untuk menukarkan kolesterol kepada hormon progesteron. Ini menyebabkan tumbuhnya jerawat, kerana hormon progesteron adalah hormon yang menghalang pertumbuhan jerawat.

RESVERATROL ATASI MASALAH KESIHATAN DALAMAN

Resveratrol adalah kandungan yang terdapat dalam kompaun tumbuhan yang dipanggil sebagai polyphenols. Kompaun ni mempunyai sifat yang sangat kuat dan kaya dengan antioksidan, melindungi tubuh daripada kerosakan yang berkaitan dengan peningkatan risiko kanser dan serangan jantung. Resveratrol ni boleh dijumpai pada kulit anggur, kekacang dan buah berie.

Resveratrol membantu untuk mengurangkan keradangan, mencegah oksidasi daripada LDL atau kolesterol jahat, ia mengelakkan daripada platlete darah melekat dan membentuk gumpalan/ darah yang beku yang menyebabkan serangan jantung.

Resveratrol mampu menyekat sel kanser daripada merebak dan mencetuskan proses mematikan sel kanser (apoptosis).

Resveratrol melindungi sel saraf daripada rosak yang boleh membawa kepada pembentukan plak yang boleh menyebabkan Alzheimer’s atau nyanyuk.

Resveratrol membantu mencegah rintangan insulin, iaitu keadaan dimana tubuh menjadi tidak sensitif kepada kesan hormon penurunan gula dalam darah (insulin). Rintangan insulin ialah precursor petanda atau gejala kencing manis.

VIVIX : MINUMAN BOTANI TERBAIK POLIFENOL RESVERATROL

Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods ).

KESAN MUKA CANTIK SELEPAS MINUM VIVIX

minum vivix jadi muda

detox vivix shaklee 14 hari muka cantik bebas jerawat

detox dan vivix shaklee jerawat makin hilang

PERINGATAN : VIVIX IALAH MAKANAN SIHAT

Perlu diingatkan vivix adalah makanan sihat. Tumbuhan terpilih yang membantu sel sel aktif dan sihat. Bila sel kita sihat, tisu badan kita akan aktif dan terbina dengan cepat. Oleh sebab itu luka cepat sembuh. Luka lambat sembuh bila kita kurang makan makanan yang sihat, cukup makan tetapi makanan itu belum lengkap nutrisi yang badan kita perlukan untuk proses penyembuhan.

SUMBER

  1. ILUMINASI
  2. NORMIMZ

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge