Tips Mendapat Berat Badan Unggul

Oklah, tips ni sebenarnya terbaca masa dekat Hospital Putrajaya, masa tu memang sungguh menyeramkan juga, sebab nak tunggu Ainul lahirkan baby kedua kami. Tapi takpalah, sambil menunggu, sambil tu kita sedut ilmu dan share kepada kawan-kawan. Oklah, yang ni saya cerita sikit macam mana nak dapatkan berat badan yang best lagi sihat.
bmi sihat

BMI 

Oklah, untuk nak dapatkan berat badan yang sihat, apapun mesti kena tahu konsep BMI. Hoo, penting sekali, sebab yang ni paling mudah dan paling berkesan. Ada juga yang lebih advanced seperti pengiraan pinggang, bagi kita rakyat malaysia, kira BMI dulu, lepas tu fokus macam mana nak kecilkan pinggang. Kena kerja kuat lagi nak dapatkan BMI yang sihat.
fiber bagi kenyang

Permakanan

Oklah, lepas dah tahu apa nak target untuk BMI, kena tahu jaga dulu permakanan. Antara yang bagus untuk dimakan tentu sekali ialah makanan yang rendah kalori, kurang minyak, makan banyak buah dan sayuran, dan macam-macam lagilah. Tapi, paling bagus ialah banyakkan fiber bila nak berdiet. Fiber buat kita rasa kenyang, sebab ianya karbohidrat kompleks, yang susah hendak dihuraikan, berbanding kalau makan karbo lain
formula fitt

FITT

Apa benda ni ? fitt bunyi fit nak senaman, ye betul, nak kasi cergas nak berkesan, mesti kena senaman, barulah fitt. Formula simple, apa sahaja senaman yang dilakukan, mesti berdasarkan FITT, senanng je nak ingat.
  1. Frequency – maksudnya berapa kali kena ulang, dalam satu senaman
  2. Intensity – berapa keras senaman tuh, berapa berat senaman tuh
  3. Time – berapa lama satu senaman tu nak habis
  4. Type – jenis senaman , atau jenis otot yang berkaitan dengan senaman
Oklah, jadi formula FITT ni pun baru belajar tadi, tapi takpa boleh baca lagi contoh yang ada, kalau kita jalan ke, lari ke, angkat berat ke, semuanya kena ikut formula FITT nih ok 

Tips Lain

Banyak sebenarnya tips lain dalam blog ni, boleh explore sendiri, tapi kena disiplin kalau nak dapat BMI best nih. Oklah, jom tengok tips lain lagi kat blog ni. Antara cadangan terbaik ialah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge