10 Cara Langsing Tanpa Diet Ekstrem

10 Cara Langsing Tanpa Diet Ekstrem

1. Lakukan senaman ringkas

Lakukan senaman ringkas setelah bangun daripada tidur. Anda boleh membuat senaman ringan, berlari-lari setempa, push up atau sit up. Ia akan membangkitkan semangat pagi dan juga boleh membantu metabolisme tubuh.

2. Mulakan dengan air putih

Minumlah dua cawan air putih sebelum makan kerana ia akan membantu anda menurunkan berat badan. Menurut satu kajian yang dibuat oleh Virginia Tech, air putih boleh membuatkan anda kenyang sehingga anda cenderung untuk mengurangkan pengambilan makanan sehingga 75-90 kalori. Jadi, untuk lebih langsing cubalah minum air putih ketika anda masih bertungkus-lumus menyiapkan hidangan ataupun sedang menunggu pesanan anda tiba di restoran.

3. Bersarapan dengan protein

Mulakan hari dengan sarapan tinggi protein. Telur merupakan menu yang baik buat anda kerana mengandungi protein yang boleh mengenyangkan perut lebih lama dan membuatkan anda jadi terhindar daripada makan berlebihan.

4. Susu Rendah Lemak

Sekitar jam 9 pagi, anda disarankan minum susu tinggi kalsium dengan kandungan lemak yang rendah. Pola makan tinggi kalsium rendah lemak boleh membantu anda menurunkan berat badan.

5. Berjalan Kaki

Jika ada kesempatan, cubalah untuk berjalan kaki di persekitaran rumah atau pun pejabat. Peregangan juga akan membantu meningkatkan metabolism tubuh anda.

6. Pengambilan Magnesium

Bayam dan ikan boleh menjadi alernatif yang baik jika anda mahu meningkatkan metabolism tubuh. Magnesium dalam makanan akan meningkatkan metabolism tubuh anda.

7. Minum Teh

Pada sebelah petang, cubalah minum teh suam atau sejuk. Teh hijau baik untuk kesihatan kerana mengandungi ‘catechin’ yang dapat mengurangi lemak dalam tubuh.

8. Makan Makanan Pedas

Cubalah makan makanan yang pedas. Makanan pedas dapat membantu menurunkan berat badan dengan membakar lemak.

9. Bersiar-siar sebelum makan malam

Sebelum anda menikmati makan malam, bersiar-siar boleh membantu mengurangi lemak. Meskipun anda mungkin telah menikmati makanan ringan, anda harus tetap makan malam agar perut anda tetap sihat. Namun, perhatikan jumlah pengambilannya ya!

10. Bilik tidur yang selesa

Sebelum tidur, pastikan anda berasa relaks dan selesa. Memiliki bilik tidur yang selesa sangat penting kerana sepanjang anda melelapkan mata, anda boleh mengawal pola makan. Kurang tidur boleh memberikan efek tubuh yang buruk seperti sering berasa lapar sehingga membangkitkan nafsu makan yang lebih tinggi.

Jemput kawan join telegram @GayaSihatCantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.