DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

10 Cara Menghadapi Anxiety

10 Cara Menghadapi Anxiety

Anxiety .

Macam mana mahu cakap eh . Orang yang tak rasa dia takkan paham . Sakit dia lagi perit . Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat . Rasa dia memang rasa nak mati . Memang sakit dia tidak ada luka , tidak ada lebam ,tiada apa apa pon .

Bila pergi jumpa doktor ,check memang tak ada apa . Malah ada yang anggap anxiety ni sakit jiwa lah , gila lah mental lah . Sebab tak rasa kan ? Kalau dah rasa barulah tahu ye . Sakit ni bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint . Sesiapa je boleh kena sebenarnya .

Sy terangkan dengan ringkas dan mudah faham . Anxiety ni dia akan buat sesorang tu cemas tanpa sebab , sukar bernafas ,jantung berdegup dengan cepat , tak boleh tidur , terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa , pikiran kacau bilau , yang paling takut ialah selalu pikir tentang kematian . Yang kena gestrik ,gerd pon akan camni .

Dengar memang orang akan ketawa .tak dinafikan .klau cerita pada orang pon orang akan cakap gila . Gila itu lain , tekanan itu lain . Rata rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan .dan banyak faktor juga .

Anxiety ni nak pulih memang ambil masa . Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa . Ada yang hidap bertahun tahun . Ada yang meninggal dunia . Ye . Orang tengok sebelah mata tapi jangan lah rasa . Memang kalau dilihat dengan mata kasar , penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk . Selalu menangis tanpa sebab krana ketakutan dan cemas .

bila nak tidur takut , semua takut .keluar rumah takut . Senang cerite semua takut dan cemas . Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering . Tidak keluar rumah seolah olah merasakan ada ssuatu akan terjadi padahal tidak . Selalu rasakan “jap lagi aku akan mati” padahal tidak berlaku . Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku .

Pesakit yang hidap anxiety ni boleh pulih .tapi dia takkan pulih 100% . Bergantung pada seseorang itu jugak . Yang menentukannya ialah MINDSET . Tak ada seorang pon yang mahukan jadi macam ni kan 😊 malah sy juga .

Ada yang tak paham mereka akan cakap macam2 😅 kurang iman lah , kurang agamalah dan memacam lah. Salah . Sy bagithu sikit ye . Apabila pesakit anxiety mahu solat ,solatnya pon memang tidak akan khusyuk . Macam mana sy tahu ? Sy juga pernah alami anxiety jadi sy sangat memahmi .

Disini sy nyatakan cara mengubati anxiety secara umum . Kalau ada yang nak tambah pon boleh .

1)dekatkan diri dengan tuhan .banyakkan istighfar ,selawat ,zikir .inshallah

2) tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti . Bila berkawan dengan orang yang negatif ,minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety

3) mindset . Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat ,tak takut ” . Kadang sebab mindset kita lemah . Betulkan mindset .

4) jangan berseorangan . Selalulah bergaul ,berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami kita dan percaya . Luah segalanya ,mesti lega .

5) buat aktiviti yang seronok bersama kawan kawan , suami ,anak anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas . Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu .

6) jangan tidur keseorangan .sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini .contoh anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas ,atau mungkin sesak nafas . Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan .

7)jika perlu , dapatkan nasihat doktor psy . Anxiety bukan gila . Jangan takut . Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mreka lagi memahami .dapatkan nasihat mereka .

8) makan maknan yang sihat . Banyakkan minum air masak .

9)cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut .contohnya takut untuk keluar rumah . Cabar diri untuk keluar dan yakin . Tukar mindset .inshallah boleh .

10) sokongan moral mental dan fizikal . Skongan dari Keluarga ,suami ,isteri , kawan kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety . Sentiasalah bagi dorang support .

Ada yang tanya “macam mana boleh kena anxiety ?” . Hmm seperti apa yang sy tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat ,lemah , kerap berfikir , stress sebab jaga anak , kerja , bisnes , stress pasal orang , dan sebagainya (sila rujuk pakar) .

Kalau benda nak datang kita pon tidak akan jangka . Sesiapa akan kena . Artis pun kena apetah lagi kita orang biasa 😊

Akhir kata , anxiety ni datang tanpa kita jemput .Dan tak semestinya macam apa sy nyatakan diatas . Mungkin sebab gastrik , gerd dan sebagainya . Ini sy ceritakan apa yang berlaku kepada sy dan macam mana sy atasi semuanya sy nyatakan diatas . Jika ada cadangan lain ,terserah mahu ikut atau tidak . Setiap orang berbeza dan sy nyatakan cara cara diatas adalah umum . Im not doctor , but im sharing my experince only .

Please lah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ni . Bagi support each other dan inshallah semua akan jadi sedia kala .

Anxiety and panic attack berbeza . Sila tanya yang lebih arif .

Spread love 💙

kredit : Shehnaz Khan

Leave a Reply

%d bloggers like this: