10 cara terbaik menjaga luka bersalin supaya cepat sembuh

10 cara terbaik menjaga luka bersalin supaya cepat sembuh

Penjagaan luka selepas bersalin sangat la penting bagi mengelak jangkitan kuman. Tidak kira bersalin secara normal atau secara pembedahan

1. Memastikan kawasan luka sentiasa kering. “Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering.

2. Jika ibu bersalin secara pembedahan caesarean ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

3. Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

4. Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E.

Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

5. Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.

Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.

6. Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak.

Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.

7. Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.

8. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

9. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.

10. Ibu selepas bersalin perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.

sumber

Nak Kurangkan Rasa Denyut Pada Luka Czer ?  Nak elak luka czer terbuka atau Bernanah?


bila saya ingat vitamin E saya akan ingat lagi kesan sakit bersalin ceaser anak kedua… kerana dari situ saya tahu untuk hilangkan denyut di tempat yang dipotong memang saya amal Vitamin E secara konsisten. 


Masa lahirkan Addin yang mana saya lalui ceaser juga…makan masa untuk hilang denyut di tempat yang dipotong… hampir 4 tahun jugalah. 


Mak kata itu perkara biasa bagi yang pernah melalui melahirkan anak secara ceaser. Jadi pada saya… ia perkara biasa dan saya kena lalui. Bila lahirkan anak kedua…saya cuba vitamin E dan saya memang syorkan mereka yang ceaser amik vitamin E untuk cepat baikkan luka jahit di bahagian perut kerana sakit dibahagian abdomen. 


Alhamdulillah sehingga hari ini tiada lagi denyutan dibahagian potong itu. 


Kebaikan pengambilan vitamin E untuk ibu yang melalui c section adalah mengurangkan risiko luka jahit terbuka atau bernanah. 


Namun satu yang saya perasan bila makan vitamin E dalam pantang akan kurang atau jarang rasa nikmat bengkak susu kerana fungsi vitamin E mengurangkan bengkak atau radang. 


Ya sehingga hari ini kami amal makan vitamin E kerana ia adalah vitamin yang bagus untuk para wanita khususnya untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran. 


Perkongsian Puan Norita 

Luka Bersalin Cepat Sembuh, Ibu Berpantang pun Gembira. Dapatkan Vitamin ini SEKARANG !!

AinulMustafa

Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717

COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu