DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

10 Sebab Susah Nak Kurus

Dah puas makan ubat kurus, segala supplement, meal replacement, titis, sapu, rendam, jerut korset, senaman setiap hari tapi masih tak kurus2 lagi. Kalau kurus pun seminggu je lepas naik balik.
Kenapa jadi Macam ni?

1. Cepat sangat berputus asa. 20 tahun gemuk, tapi nak turun 20kg dalam 2bulan. Tak logik yunk.
2. Tidak amalkan pemakanan seimbang. Hanya makan protein saja. Tapi Hot dog, daging burger semua nak bedal. Protein kononnya. Proses food tu lagi menggemukkan.
3. Tidak makan nasi. Sekali jumpa nasi makan seperiuk. Siapa pernah macam ni?
4. Taksub dgn janji manis Ubat Kurus. Makan apa saja kononnya ubat kurus boleh buang lemak. Lemak boleh buang dgn kalori defisit, pemakanan seimbang dan senaman bkn telan ubat berak2.
5. Tidak minum banyak air. Takut gemuk air so kurangkan minum air. What happen to kurangkan makan?
6. Suka skip makan. Kononnya diet tak boleh makan. Tapi sekali makan 2 pinggan lesap sebab lapar sangat.
7. Bersenam tapi lepas bersenam makan makanan berkalori tinggi dgn alasan harini bersenam boleh makan banyak. 1jam bersenam bakar 500calorie. 5min makan mee goreng 700calorie.
8. Breakfast makanan berkarbohidrat tinggi. Tak makan nasi tapi makan kueh bihun coco crunch biskut.
9. Suka makan jajan aka junk food. Kerepek, biskut, kek, gula, kacang2 bersalut garam.
10. Semangat yg sementara sebab tiada JERUNG yg mengejar utk Turun Berat badan. Slow and steady je. Turun 10kg 5tahun anda cukup bahagia.

Siapa yg rasa dia ada sebab2 di atas? Sebenarnya nak turun berat badan tu tak susah pun bila tahu cara.

Jika anda betul2 Focus utk Kurus saya sedia bantu dan sama2 kita atasi semua masalah yg menyebabkan anda tak kurus2.
Semoga info ini bermanfaat.

Dah bosan gemuk dan serius nak kurus?

kredit : coach Haiza

Leave a Reply

%d bloggers like this: