DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

11 Khasiat Limau Gedang

11 Khasiat Limau Gedang

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)

1) Kaya dengan Vitamin C yang mana sumber anti kanser yang baik. Vitamin C merupakan anti kanser semulajadi yang paling berkuasa yang membantu tubuh membina rintangan melawan agen jangkitan penyakit dan melawan serangan radikal bebas. Ia membantu melindungi tubuh dari demam dan selesema. Vitamin C sangat diperlukan penyenggaraan tisu-tisu yang berhubung dengan kesihatan dan untuk penyembuhan luka pada peringkat awal serta

2) Mengandungi asid sitrik, gula asli, minyak pati seperti limonene, pinene dan citral

3) Mengandungi Vitamin A, B-complex, Vitamin E dan Vitamin K

4) Terdapat kandungan mineral seperti asid folik, kalsium, kalium dan fosforus.

5) Buah limau gedang merah kaya dengan fitonutrien antioksidan yang paling berkuasa seperti flavanoid dan lycopene yang berfungsi sebagai untuk melawan serangan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh sekaligus menentang kanser dan pelbagai penyakit lain lagi. Kajian menunjukkan lycopene membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV dan sebagai pelindung kanser prostat.

6) 100g buah segar mengandungi 135mg elektrolite potassium. Potassium ialah nutrien yang sangat penting yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit di dalam tubuh. Ia membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah melalui tindak balas kesan-kesan natrium. Kekurangannya boleh meyebabkan keletihan, mudah marah dan hypertension (meningkatkan
tekanan darah).

7) Ia kaya dengan fiber yakni serat pemakanan yang tidak larut iaitu pektin. ia berfungsi membantu melindungi selaput lendir usus besar (colon) dengan mengurangkan pendedahan kepada toksik di dalam kolon sekaligus bertindak sebagai pengikat bahan kimai yang menyebbakna kanser usus. Pektin di dalam buah limau gedang mampu menurunkan paras kolesterol di dalam darah dengan mengurangkan penyerapan koleterol di dalam kolon (usus besar).

8) Sesuai untuk pesakit diabetes – pemakanan buah ini dikatakan mampu mengurangkan kandungan kanji dan gula di dalam sistem nadan

9) Membantu mengatasi masalah pencernaan – meminum jus buah limau gedang mampu merangsang peningkatan aliran cecair gastrik. Serat buah liamu ini membantu mengatasi masalah pergerakan usus.

10) Membantu menghilangkan rasa letih -Segelas jus limau gedang membantu menghilangkan rasa letih dan lesu.

11) Jus limau gedang membantu merangsang tidur dan menringankan masalah insomnia. Ia juga mampu melegakan sakit tekak dan melegakan batuk.

Kredit : Poliklinik Nu Sentral

Leave a Reply

%d bloggers like this: