DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

11 Tanda Awal Kanser

11 Tanda Awal Kanser

Kanser adalah pembunuh senyap!!
Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka telah mengidap kanser. Mereka hanya mula menyedarinya apabila kelihatan gejala-gejala atau tanda-tanda penyakit itu seperti di bawah:

(1) Kanser pangkal rahim
– sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.
– sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara
– bengkak atau gumpalan di buah dada.
– keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar
– perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
– sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru
– batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut
– hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa
– sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari
– haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak
– sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat
– sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)
– letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak
– suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Biasanya pesakit kanser hanya menyedari dirinya mengidap kanser bila penyakitnya sudah pada peringkat 4. Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat.
Sebenarnya, dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai ‘Tidak apa-apa’, cuma sakit biasa sahaja.

Bertindak awal dengan melindungi diri anda dan keluarga tersayang dari kanser jauh lebih baik dari mengubatinya. Bukti menunjukkan bahawa peratusan pesakit kanser yang sudah sembuh adalah terlalu sedikit. Maka itu mencegah penyakit ini adalah langkah bijak yang patut dilakukan.
Anda mampu mencegah kanser dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi vitamin dan anti oksidan yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat