DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

12 Fakta Tentang Vaksin

Terdapat ramai yang meragui untuk mengambil Vaksin Covid19 kerana pihak KKM telah menyatakan walaupun telah mengambil vaksin namun masih perlu memakai mask (topeng muka) & melaksanakan norma baru (penjarakan sosial).

Oleh sebab itu ramai yang meragui vaksin Covid19 dan terus membuat keputusan tidak mahu mengambil vaksin Covid19.

Saya akan mengulas sedikit kenapa kita maseh perlu mengamalkan pemakaian mask (topeng muka) & norma baru.

1.Vaksin Covid19 hanya berkesan sekitar 90 – 95% (Pfizer). Vaccine Sinovac dari China hanya berkesan 50 – 90%. Maknanya akan ada sekumpulan orang yang tidak mendapat immuniti selepas dicucuk vaksin.
Mungkin seorang penerima vaksin bagi setiap 10 ke 20 penerima tidak mempunyai immuniti covid19.

2.Vaksin tidak memberikan perlindungan immuniti secara serta merta. Vaksin covid19 akan diberikan dalam 2 dos selang masa 1 bulan. Selepas menerima dos yang kedua, badan manusian memerlukan masa dalam tempoh 4 ke 6 minggu untuk menghasilkan antibodi & immuniti untuk melawan virus Covid19.
Dalam tempoh masa itu badan kita terdedah kepada jangkitan sekiranya kita terdedah kepada pesakit / pembawa virus Covid19.

3.Lazimnya immuniti kelompok (herd immunity) akan tercapai sekiranya 80-90% populasi orang awam mempunya immuniti terhadap sejenis jangkitan.
Immuniti kelompok (herd immunity) berlaku apabila cukup banyak populasi yang terdedah kepada virus, biasanya melalui vaksinasi, dan membataskan kemampuan virus untuk menyebar. Peratusan populasi yang memerlukan imunisasi untuk mencapai immuniti kelompok (herd immunity) berbeza mengikut penyakit. Sebagai contoh penyakit Measles, 95% penduduk perlu diberi untuk mencegah penyebaran virus tersebut. Namun dalam konteks virus Covid19 tiada siapa yang tahu berapa peratus kah populasi orang awam yang perlu mempunyai immuniti supaya populasi tersebut mempunyai immuniti kelompok (herd immunity).

4.Tempoh perlindungan vaksin covid19 masih belum diketahui. Adakah vaksin covid19 memberi perlindungan immuniti seumur hidup atau selama lama nya masih belum diketahui kerana virus covid19 baru sahaja muncul 1 tahun yang lalu.
Sebagai contoh vaksin influenza (flu) perlu dicucuk setiap 1 tahun kerana mutasi varians virus tersebut.

5.Adakah vaksin covid19 mencegah penyakit covid19 dan mencegah penyebaran virus covid19 masih belum diketahu penyelidik lagi. Terdapat kemungkinan penerima vaksin covid19 tersebut akan mendapat penyakit covid19 yang ringan atau tiada simptom namun mereka boleh menyebarkan virus covid19 kepada orang lain.

6.Virus covid19 boleh bermutasi. Makin lama & makin banyak pesakit yang dijangkiti oleh virus Covid19, semakin banyaklah mutasi virus tersebut boleh berlaku. Jenis – jenis mutasi yang berlaku mungkin akan menyebabkan vaksin tidak berkesan.
Contohnya kuman – kuman kebal (Multi resistant organism / MRO) seperti kuman Staph aerius yang dahulu nya boleh di bunuh dengan antibiotik penicillin sahaja namum mutasi Staph aerius (MRSA – Metticillin Resistant Staph aerius) membuatkan kuman tersebut kebal & tidak dapat dibunuh.

7.Semasa ujian klinikal, penyelidik tidak tahu adakah manusia uji kaji penerima vaksin covid19 memakai mask (topeng muka) atau tidak. Jadi adakah penerima vaksin covid19 tersebut tidak mendapat penyakit covid19 kerana vaksin atau kerana memakai mask (topeng muka) tidaklah diketahui.

8.Semasa peringkat uji kaji, penyelidik hanya membuat kajian terhadap orang awam yang sihat & orang yang mempunyai penyakit – penyakit kronik (jantung / buah pinggang / hati dan lain2) yang stabil sahaja. Di negara kita terdapat ramai pesakit pesakit kronik (jantung / buah pinggang / hati dan lain2) yang tidak stabil. Bagaimana pesakit pesakit ini
akan bertindak balas dengan vaksin covid19 tidaklah diketahui umum lagi.

9.Vaksinasi covid19 di malaysia hanya diberikan untuk orang awam berumur 18 tahun ke atas. Maka orang awam yang berumur 18 tahun ke bawah tidak mempunyai immuniti kekebalan covid19.

10.Pasti akan terdapat pendatang haram / tanpa izin yang bersembunyi dari pihak berkuasa kerana takut ditangkap. Sudah pasti mereka ini susah menerima vaksin dan tiada immuniti covid19.

11. Bekas pesakit covid19 didapati tahap antibodi terhadap virus covid19 menurun secara mendadak selepas 3 bulan. Adakah selepas 3 bulan mereka mempunyai antibodi memory cells (sel ingatan) dan boleh mendapat semula jangkitan virus covid19 tidaklah diketahui lagi.

12. Terdapat golongan anti vaksin yang menolak vaksin covid19. Maka sudah pasti mereka juga tidak ada immuniti kekebalan terhadap virus covid19. Ada risiko untuk virus tersebut merebak dalam kumpulan mereka. Lebih dasyat lagi jika virus tersebut bermutasi secara lebih merbahaya dan melompat kepada orang lain.

Maka atas sebab-sebab ini disarankan selepas mengambil vaksin covid19

⭐pakai mask (topeng muka)
⭐sentiasa basuh tangan
⭐amalkan penjarakan sosial
⭐stay at home

☆☆☆Disclaimer : saya bukan Pakar Vaksin, saya cuma Pakar Bius & Rawatan Rapi

#vaksin
#copypaste

Leave a Reply

%d bloggers like this: