13 Khasiat Timun Jepun

13 Khasiat Timun Jepun

Khasiat Timun Jepun. Setiap hari boleh buat ulam. Asal nama timun jepun kerana sayuran ini sering terdapat dalam makanan orang Jepun iaitu, sushi. Ia adalah sumber sayuran yang kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan antaranya serat, asid folat hingga vitamin C seakan-akan menjadi lengkap dalam sejenis sayur.

Pelbagai manfaat boleh didapati daripada sayuran ini. Rasanya yang enak dan rangup sesuai dijadikan hidangan enak. Berikut antara manfaat sayuran ini:

1. Mencegah dehidrasi

Sebanyak 95 peratus daripada zucchini adalah air. Air berfungsi untuk menjaga keseimbangan tubuh dan mencegah dehidrasi. Jadi untuk mereka yang sukar minum air putih 2 liter sehari, zucchini juga boleh dijadikan alternatif kudapan sihat.

2. Menjaga kesihatan mata

Anda ada keluhan terhadap mata? Sudah tidak selesa jika menggunakan kaca mata terlalu lama? Cuba jadikan zucchini pilihan menu baru kerana sayur ini mengandung vitamin A yang berfungsi untuk menjaga kesihatan mata.

3. Mencegah sembelit

Berdepan masalah sembelit menjadi tidak selesa jika kerap berlaku kerana akan mengganggu aktiviti yang dilakukan. Zucchini dapat memberi penyelesaian kerana serat yang terkandung dalam sayur ini menjadikannya sebagai salah satu alternatif pencegah sembelit.

4. Meningkatkan sistem imun

Mereka yang terbiasa hidup dalam kota besar dengan kesibukan tugas seharian pasti sering merasa cepat letih malah sistem imun juga menjadi berkurangan. Ini kerana, pencemaran yang banyak terjadi di bandar besar membuat tubuh mudah sakit. Cuba tambahkan zucchini dalam menu seharian kerana kandungan antioksidannya mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh.

5. Meningkatkan kesihatan lelaki

Penyelidikan terdahulu mengatakan sayur ini mampu mencegah risiko terjadinya Benign Prostatic Hyperthropy. Salah satu penyakit yang biasa disebut dengan BPH ini adalah gangguan seksual lelaki. Cuba makan zucchini secara teratur untuk menjaga kesihatan seksual.

6. Mencegah radang

Radang yang berlaku pada tubuh lebih lagi dalam tempuh lama tentu membuatkan badan tidak selesa. Kandungan asid lemak omega-3 dalam sayur ini diketahui memiliki kemampuan dalam mencegah peradangan. Jadi, sangat dianjurkan untuk mengambil zucchini secara teratur.

7. Mencerdaskan otak

Asid folat sudah diketahui mampu meningkatkan kemampuan otak. Oleh kerana saiz zucchini kecil, ia sesuai dimakan kanak-kanak sebagai alternatif kudapan sihat.

8. Mencegah hipertensi

Kandungan kalium dan magnesium telah ditemui dalam zucchini dan kedua-dua mineral ini berperanan dalam mengawal tekanan darah tubuh. Bagi mereka yang memiliki hipertensi, amat baik jika memakan sayuran ini.

9. Mencegah penuaan awal

Antioksidan yang terkandung dalam sayur ini memiliki banyak manfaat. Salah satunya adalah mencegah radikal bebas dalam tubuh, bagi mereka yang bimbang dengan kondisi kulit, cuba memakannya secara teratur. Zucchini mampu mencegah penuaan awal.

10. Manfaat sebagai anti kanser

Kandungan glukosilonat dalam zucchini mampu menurunkan kesan daripada gejala kanser. Cuba konsumi zucchini secara teratur supaya jauh dari penyakit ini.

11. Mencegah diabetes

Zucchini mampu mengatasi diabetes jenis 2 jika diambil secara teratur. Kandungan vitamin B-kompleks dibantu dengan zink dan magnesium akan mengurangi kadar gula berlebihan dalam darah. Jadikan sayuran ini sebagai kudapan untuk kesihatan.

12. Mencegah osteoporosis

Semakin bertambah umur, semakin berkurang pilihan menu makanan. Ini kerana keadaan organ yang mulai berkurang fungsinya, terutama tulang. Jika zucchini dikonsumi secara teratur, maka akan menurunkan kemungkinan terjadinya osteoporosis.

13. Menjaga kesihatan jantung

Banyak vitamin yang terkandung dalam sayur ini menjadikannya makanan kaya khasiat. Kandungan vitamin K berperanan aktif dalam menjaga kesihatan jantung. Penyelidikan terdahulu mengatakan bahawa sayur ini juga mampu menurunkan kolesterol.

Sumber : MyMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat