13 Petua Elak Kaki Berbau

13 Petua Elak Kaki Berbau

1- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap kering.

2- Jika kasut anda lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.

3- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.

4- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.

5- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.

6- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.

7- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.

8- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.

9- Setelah mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.

10- Pakailah kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.

11- Hindari memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.

12- Ganti sarung kaki sekali atau dua kali sehari.

13- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air hangat dan keringkan secara menyeluruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat