DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

13 Sebab Kena Buang Terus GULA PUTIH

13 Sebab Kena Buang Terus GULA PUTIH

13 Sebab Kena Buang Terus GULA PUTIH. Kenapa saya kata Kena cut off totally gula ni? Ada yang tempelak saya kata tak btul, badan rosak kalau tak dak gula dan sebagainya.. Ok la
Saya kongsi kan satu artikel utk baca ab anda semua.
Rajin2 kan membaca ya.
Kredit kepada tuan
Azril nizam Jamaludin

Fisiologi Metabolisasi Gula Pasir (Sucrose)
Pada yang masih nak defend gula itu bagus dalam kadar sedikit, gula itu diperlukan untuk tenaga badan, gula tu hanya effect diri sendiri dan bukan orang lain, baca artikel di bawah dengan teliti. Tapi, orang kita terkenal dengan tabiat MALAS MEMBACA.

1. GULA PASIR dan suku sakat gula diproses mempunyai satu bahan sebatian selain dari Glukosa. Namanya FRUKTOSA. Fruktosa ialah komponen kimia manis yang biasa didapati di dalam buah buahan.

2. Gula pasir mempunyai nisbah kandungan Glukosa/Fruktosa dalam kadar 50:50, kadang2 nilai Fruktosa adalah lebih tinggi dari Glukosa.

3. Glukosa dalam gula akan diserap ke salur darah dan diedar ke seluruh badan. Glukosa diperlukan oleh tubuh badan kita untuk dijadikan tenaga simpanan sebagai Glycogen, disimpan di dalam hati dan tisu otot, digunakan setiap hari. Ia tidak akan melalui metabolisma di dalam hati, boleh terus digunakan oleh sel sebagai tenaga.

4. FRUKTOSA pula, selepas diserap, akan dihantar TERUS ke dalam hati 100%. Ia tidak melalui salur darah. Penyerapan sebegini hanya akan terjadi sekiranya badan kita menganggap substans itu sebagai RACUN. Ini terjadi kerana RACUN perlulah diprioritikan metabolisasinya untuk tidak membahayakan tubuh badan serta organ yang lain. Kenapa Fruktosa dilayan sedemikian rupa?

5. Fruktosa yang telah diserap ke dalam hati akan mencetus formasi Pyruvate, hanya 5 ke 10% sahaja dari cetusan ini akan menjana tenaga dalam Mitochondria iaitu kilang tenaga sel. Yang lainnya akan mencapah ke metabolisasi unsur yang mendatangkan masalah:
➡️ Fruktosa akan mencetuskan penghasilan Asid Urik yang BANYAK dan luar biasa. Selain dari mencetus penyakit GOUT, ia juga adalah PUNCA utama menghalang signal Nitric Oxide dari menjalankan kerjanya sebagai penganjal salur darah dan arteri. Sekarang salur darah anda akan keras dan tidak boleh meregang. Inilah punca ArteroSklerosis dan DARAH TINGGI yang paling umum tapi ramai tidak mengetahui.
➡️ Fruktosa akan mencetus penghasilan Glyceraldehyde yang banyak, dan akan mencetus penghasilan Lipid Droplet atau lemak hati. Biasanya ini hanya terjadi sekiranya anda minum Beer, Wiski, Wain, Vodka dan suku sakat arak. Kalau orang minum arak biasanya akan dapat Alcoholic Fatty Liver Disease. Nah, sekarang anda akan dapat NON-Alcoholic Fatty Liver Disease. Penyakit ni tak ramai orang suka sebut sebab siapa yang nak disamakan dengan kaki botol, lagi2 kalau anda orang Muslim? Tapi memang ramai orang Muslim akhirnya dapat Liver Cirrhosis WALAUPUN tak minum arak. Cuma teh tarik saja dua gelas sehari. Anyways, memang minuman manis dan sejuk ialah ‘comfort drink’ kepada masyarakat Muslim di kawasan Khatulistiwa seperti Malaysia dan UAE. Itu sebablah negara2 ni champion Diabetes di Asia. Orang putih comfort drink dia Beer. Cantik. Satu dapat beer belly dengan Liver Cirrhosis, satu lagi dapat kencing manis dengan Diabetic Foot Ulceration. Lebih kurang ja tu.
➡️ Selepas Fruktosa mencetus penghasilan Pyruvate, tenaga yang dihasilkan di dalam Mitochondria tidak mencukupi. Tetapi selain dari penghasilan Acetyl Co-A yang sedikit, LEBIH BANYAK yang keluar dari kilang Mitochondria akan membentuk Very Low Density Lipoprotein atau Kolestrol berzarah kecil yang akan membentuk Trigeliserida berisiko. Ia akan dibawa ke seluruh badan dalam kuantiti yang BANYAK, dan akan memenuhkan Sel Adipos atau Sel Lemak anda dengan jayanya. Trigeliserida ini atau dengan nama pendeknya TG ini menjadi punca Kerentanan Insulin seluruh sel badan anda, dan PUNCA BESAR kepada penyakit Kencing Manis.
➡️ Metabolisasi Fruktosa adalah satu proses yang akan DIPRIORITIKAN oleh badan anda, kerana ia adalah racun yang perlu ditawarkan terlebih dahulu. Lain lain proses akan DIHENTIKAN, termasuklah penyerapan vitamin dan mineral, penghasilan imuniti badan, proses autophagy dan lain lain proses fisiologi yang sepatutnya berlaku. MAKNANYA, fruktosa akan MENCURI segala sumber tenaga dan resource badan kita HANYA untuk menawarkannya, first and foremost.

6. Mengikut keperluan glukosa, manusia HANYA memerlukan dari 25 hingga 100 gram karbohidrat sehari (termasuk dari glukosa) untuk kehidupan seharian. Namun begitu, kebanyakan kita telah mengambil LEBIH dari 100 gram glukosa TERMASUK dari gula pasir dan makanan yang mengandungi gula diproses setiap hari. Tambah pula gula pasir mengandungi nisbah fruktosa yang tinggi, sesiapa yang kerap mengambilnya akan lama kelamaan meningkatkan masalah Kerentanan Insulin dalam dirinya.

7. Perlu diingatkan lagi sekali, Kerentanan Insulin adalah PUNCA kepada lebih 90% masalah Penyakit Tidak Berjangkit di zaman ini, termasuk Kencing Manis, Darah Tinggi, Kanser, Penyakit AutoImun dan lain lain.

8. Ada yang mengatakan tidak apa, ambil sedikit mencukupi. Perlu diingatkan, gula pasir sebenarnya ialah satu DADAH. Ia sintetik dan tidak natural. Pengambilannya akan mencetuskan rembesan Dopamine yang sangat tinggi di otak, dan ia mendatangkan kelegaan dan kegembiraan tiruan berbentuk chemistry. Sekiranya diteruskan, anda akan menghadapi kebergantungan ketagihan yang lebih hebat dari Kokain. Ramai yang boleh berhenti hisap rokok begitu sahaja, tapi tak ramai yang boleh berhenti dari ambil gula secara mengejut.

9. Selalunya Fruktosa didatangkan di dalam bentuk natural bersama dengan Fiber yang menjerap kesan sampingannya agar tidak diserap terlalu banyak ke dalam sistem badan. Buah2 yang mengandungi fruktosa mengandungi fiber, anda tidak akan dapat makan terlalu banyak juga. Buah biasanya mengandungi kurang dari 10 gram fruktosa dalam sebiji. Namun, dalam segelas Milo Ais, anda begitu mudah minum lebih dari 40 gram fruktosa. Sehari tiga kali. Belum lagi Boba Tea sebelah petang. Buah ialah bermusim, kalau bukan musim durian anda tak akan dapat merasa. Tetapi gula sintetik, anda ambil SETIAP HARI.

10. Glukosa tidak hanya terdapat dalam gula pasir. Ia terdapat dalam segala jenis makanan yang asli. Anda BOLEH hidup tanpa gula pasir. Namun begitu, dalam zaman ini, anda akan mendapati AMAT SUKAR untuk menemukan walau SATU pun makanan yang tidak mengandungi gula terproses bersama fruktosa. Namanya saja ada lebih dari 50 jenis, termasuk High Fructose Corn Syrup, MaltoDextrin, Corn Starch dan lain lain.

11. Mereka yang ingin kekal sihat, pasti akan sentiasa berhati hati dan menjauhi makanan diproses yang diketahui oleh mereka tinggi kandungan gula dan Fruktosa. Namun untuk mengelak secara total adalah mustahil. Anda perlu bijak membaca Fakta Nutrisi yang diberikan di setiap bungkusan makanan, ketahui Total Net Carb yang baik untuk anda. Dan elak terus penggunaan gula pasir.

12. Ramai mengatakan bahawa gula ialah personal preference, mereka tidak ada masalah dengan pengamalan gula. Setelah anda membaca artikel ini, anda sepatutnya mengetahui bahawa gula pasir tidak lain tidak bukan ialah 8% tenaga dan 92% penyakit. Masih mau beri anak, suami dan isteri makan gula setiap hari? Anda tak beli dua kilo gula untuk makan sorang2 kan?
Itu sebab saya kata dia hampir serupa dengan rokok, tapi ramai yang sentap. Nikotin pun sama dengan kafein sebenarnya, kalau hanya sikit aje nikotin, ia mampu mencetus adrenalin dan meningkatkan tenaga, tapi nikotin tu sikit aje. Yang banyaknya TAR dan 4 ribu lebih chemical bersifat nitrosamines dan karsinogenik, itu yang merosakkan sebenarnya. (PS/ Nikotin banyak pun racun juga kepada badan. Di lampiran, saya letakkan satu excerpt dari pengarah Public Health Of England berkenaan misconception orang yang tak tau benda yang sebenar merosakkan dalam rokok. Bukan nikotin tapi Hydrocarbon Compound yang dihasilkan melalui pembakaran rokok. Patch dgn gum nikotin utk bantu berenti merokok banyak digunakan di klinik berenti merokok.)

13. Nasihat saya, utamakan makanan yang asli sebanyak yang boleh, dan amalkan pengganti gula asli seperti stevia sekiranya tidak mampu meninggalkan minuman manis. Being the devil I can be sometimes, I stop at point number 13. I am a naughty devil nontheless, so I open my post for discussion.
“History and Law is written by those who hanged Heroes”
#TimNoakes
#ProfDrRobertLustig
-Pokcik Sweet.

Leave a Reply

%d bloggers like this: