DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

16 Tips Persediaan Vaksinasi

16 Tips Persediaan Vaksinasi

*TIPS PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS VAKSINASI:*

Sebelum anda pergi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid, sila lakukan perkara berikut:

1. Makan sebagaimana biasa dan jangan pergi dengan perut kosong.

2. Minum air suam sekurangnya 250cc. Cara ini akan mengurangkan ketidakselesaan, kesan sampingan akibat suntikan.

3. *Ingat, jangan minum minuman sejuk*, samada sebelum atau selepas suntikan. Prosedur ini sangat penting terutama untuk suntikan ke-2, utk mengawal kesan ketidakselesaan.
Kesan sampingan dari suntikan ke 2 lebih banyak berbanding dengan suntikan pertama.

4. Pakai baju yang senang nak selak lengan hingga ke bahu. Baju loose di lengan. Terutama utk wanita.

5. Seluar berpoket supaya senang nak reach for your handphone. Handphone please fully charge sebab banyak sangat checkpoint and semua guna phone.

6. Naik Grabcar/minta orang hantarkan sebab banyak sungguh kereta. Nanti takyah pening2 cari parking.

7. Sila siap2 check di mana station anda dalam mySejahtera app sebab semua kena beratur ikut station.

8. Masks on! (Additional face shield is good too – double). Bawa hand sanitizer, spray, tisu.

9. Paling penting PEN. Ada kena isi form dan takkan nak share pen dengan org lain pulak. Elak pinjam drp org lain. Ataupun kalau org pinjam pen kita, bagi jela terus 😆

10. Dah bawa sanitizer dgn spray tu, sila guna sebab mmg terlampau ramai manusia.

*SELEPAS DIVAKSINASI*

11. Dah balik tu jangan lupa mandi/basuh tangan/tukar baju. Sebab kita jumpa ramai sangat orang dan dengan case sekarang ni ramai yg tak ada symptom pun. Be extra careful!

12. Jangan lupa selfie, saya telah divaksinasi ni 😁. #oneforthealbum

13. Setelah vaksinasi, ketika berehat, minum lagi secawan air suam bersuhu bilik (250cc).

14. Jangan berjalan / bersenam selama 5 hari berikutnya. Rehatlah sepenuhnya di rumah.

15. Vaksinasi akan memberi kesan yang sebenarnya setelah 2 minggu selepas dos kedua. Oleh itu jangan bersikap ambil mudah dan jangan berada di luar rumah.

Berhati-hatilah, dan sebaiknya tinggal sahaja di rumah sehingga 2 minggu lebih selepas dos kedua.

16. Akan ada sedikit demam selepas vaksinasi, tetapi jika demam berlanjutan hingga hari ke-3, maka segeralah dapatkan rawatan di hospital.

Saya tidak pasti sama ada kebanyakan warga emas telah mengetahui mengenai dos dan perkara yang tidak boleh dilakukan selepas vaksinasi ini (seperti mesti berehat dan jangan bersenam).

Sila kongsikan maklumat ini untuk kebaikan warga emas yang akan mendapat vaksin.

C&P dari Frontliner Kita

Leave a Reply

%d bloggers like this: