2 Bulan Turun 10 Kg

2 Bulan Turun 10 Kg

2 BULAN MISI KURUS TURUN HAMPIR 10 KG

Alhamdulillah, pahi tadi sebelum sahur, saya timbang, oh ok dah nampak lagi penurunan, 67.2 kg nih , hampir 10 kilo dari berat starting masa 12/5 , 77 kg plus plus. Oklah, sebab ada satu period, kena melayan hari raya dan godaan open house, tapi berjaya kawal makan dan lepas ramadan tuh baru mulakan jogging hampir setiap hari. Lagi gile ialah kami berdua puasa hampir setiap hari, dan sejam sebelum pergi workout

Misi nak ke BMI normal akan diteruskan lagi. Jawabnya ada lagi beberapa kilo yang kena buang sebelum jarum masuk ke zon hijau normal yang sipi sipi. Alhamdulilllah syukur diberi kekuatan untuk melakukan diet begini. Dulu berangan berangan, memang tak jadi, sampailah bila Allah bagi hidayah , memang terus tanpa buang masa, bersama wife kita buat bersama sama untuk sihat.

Bila BMI dah normal, oklah sikit, badan dalam state normal dan sekarang cuba improve kesihatan yang lain pula, nak cek kolesterol, blood pressure dan lain lain lagi. Tapi target saya nak betul betul tengah BMI 22, hahaha gile tuh, mahu berat kena bawah 60 kg. Perjalanan masih jauh, semoga diberikan kekuatan untuk kekal sihat dan terus slim, yehaaa

#jurnalkurusjoelabu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.