2 Jenis Ketulan Bukan Kanser Yang Sangat Bahaya

2 Jenis Ketulan Bukan Kanser Yang Sangat Bahaya

FIBROSISTA

1. Perubahan fibrosista (fibrocystic changes)

Fibrosista (penyakit payudara Fibrocystic) adalah ketulan abnormal yang bukan kanser (benign) dan berasal daripada tisu fibrosis dan sista yang merupakan 2 keadaan berbeza.

Ketulan ni terjadi sebab tisu penghubung dalam tisu payudara menjadi lebih tebal seperti parut. Puncanya tak diketahui tapi pengkaji percaya terjadi akibat pengaruh hormon, terutamanya estogren.

Kemudian daripada kelenjar-kelenjar payudara muncul kantung berisi air (sista) yang menekan tisu payudara dan menyebabkan kesakitan.

Jika terdapat perubahan ini dalam payudara, ia dipanggil fibrocystic changes. Pada mulanya dikenali sebagai penyakit fibrocystic namun sebab keadaan ini tak bahaya jadi tak memenuhi kriteria untuk dipanggil penyakit.

Keadaan ini sangat biasa berlaku dan kerap terjadi kepada wanita berumur 30-60 tahun.

Gejala dan tanda :

1. Sakit terutama bila disentuh dan terasa bengkak terutamanya ketika nak datang haid.

2. Sakit biasanya berkurangan selepas haid

3. Saiz ketulan boleh berubah-ubah. Ketulannya lembut atau mungkin rasa seperti memegang kantung berisi cecair.

4. Ketulan boleh terdapat pada satu atau kedua-dua payudara

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

2. Ketulan kedua ialah fibroadenoma

Fibroadenoma adalah ketumbuhan dan sifatnya lebih keras yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous).

Fibroadenoma adalah tumor yang tidak merbahaya dan paling biasa di kalangan wanita antara umur 15 dan 30 tahun.

Untuk bezakan dengan kanser, ketulan ini tak melekat pada tisu keliling. Maksudnya kalau pegang tu dia akan bergerak bebas. Fibroadenoma juga dikenali sebagai payudara tikus kerana sifat ini.

Fibroadenoma juga mungkin dipengaruhi oleh kitaran haid dan mungkin boleh berasa sakit.

#fibrosista #fibroadenoma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.