20 Kelebihan Minyak Kelapa Dara

20 Kelebihan Minyak Kelapa Dara

20 Kelebihan Minyak Kelapa Dara. KELEBIHAN MINYAK KELAPA KEPADA KESIHATAN

Masyarakat di Malaysia dan negara yang mempunyai pokok kelapa telah lama menggunakan minyak kelapa dan santan sebagai makanan tradisi. Minyak kelapa atau santan ada dalam hampir semua masakan dan hidangan asli tradisi di Malaysia. Kita telah terlalu lama di takut-takutkan tentang minyak kelapa atau santan sebagai punca kepada masalah penyakit jantung, kolesterol dan kegemukan.

Hakikatnya kajian tentang minyak kelapa tidak menunjukkan bukti kukuh kaitannya dengan penyakit jantung koronari dan kolesterol tinggi.

Minyak kelapa atau santan telah mula di sedari kelebihannya oleh masyarakat di dunia sekarang terutamanya di USA dan Eropah. Ini adalah kerana berdasarkan kajian ianya mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan.

Berdasarkan kajian perubatan dan USDA data nutrien, minyak kelapa mempunyai kelebihan berikut:

1. PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG & HYPERTENSI (DARAH TINGGI)

Minyak kelapa tinggi dengan lemak tepu asli jenis MCFA yang sangat baik untuk kesihatan. Kajian menunjukkan minyak kelapa mencegah penyakit jantung koronari kerana ia meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik) dan juga mencegah kolesterol LDL daripada teroksida dan menjadi ‘jahat’.

Kajian tersebut adalah kajian secara ‘randomised crossover trial’ yang diterbitkan dalam Journal Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. Dalam kajian ini peserta di kalangan oramng dewasa yang muda dan sihat di berikan 2 sudu minyak kelapa dara (VCO) menunjukkan peningkatan paras HDL dalam darah. Kajian ini mendapati tiada apa-apa kesan sampingan yang merbahaya berlaku dengan pengambilan minyak kelapa dara selama 8 minggu kajian berlansung.

Dengan peningkatan paras HDL menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan darah tinggi adalah lebih rendah dengan pengambilan minyak kelapa dara disamping itu kajian ini juga menunjukkan penurunan paras trigliserida dalam darah yang juga amat baik untuk kesihatan jantung.

2. MENCEGAH NYANYUK – PENYAKIT ALZHEIMER

Minyak kelapa mengandungi asid lemak sihat iaitu MCFA (Medium Chain Fatty Acid) secara khususnya asid laurik, asid caprilik dan asid caproik. MCFA ini akan di hadamkan dalam hati menjadi bahan ‘ jasad ketone’ yang merupakan satu bentuk sumber tenaga yang sangat di sukai oleh organ otak kita. Ketone ini membekalkan tenaga segera kepada otak tanpa memerlukan bantuan insulin untuk memproses glukosa menjadi tenaga.

Kajian terkini menunjukkan otak kita menghasilkan insulinnya sendiri untuk memproses glukosa dan membekalkan tenaga kepada sel-sel otak. Alzheimer adalah penyakit akibat kegagalan otak menghasilkan insulinnya sendiri dan pengumpulan bahan ‘beta amyloid’ yang tidak normal dalam sel-sel otak dan ini menyebabkan sel-sel otak tidak mendapat sumber tenaga yang cukup untuk berfungsi dengan normal. Jasad ketone yang terhasil daripada MCFA ini akan membekalkan tenaga alternatif untuk sel-sel otak berfungsi semula dengan lebih baik dan membantu pemulihannya dengan mengurangkan pembentukan beta amyloid.

3. MENCEGAH JANGKITAN SALURAN AIR KENCING (UTI), BUAH PINGGANG DAN MELINDUNGI ORGAN HATI

Minyak kelapa telah di ketahui boleh membantu dalam masalah jangkitan saluran air kencing dan buah pinggang. Kajian menunjukkan, bahan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) di dalamnya bertindak sebagai bahan anti kuman yang merosakkan lapisan lemak pada bakteria dan membunuhnya . Kajian juga menunjukkan minyak kelapa juga melindungi organ hati daripada kerosakan .
Kajian juga menunjukkan air kelapa muda juga sangat baik membantu mengelakkan masalah dehidrasi dan membantu pemulihan tubuh. Air kelapa muda juga boleh membantu melarutkan batu karang buah pinggang .
Minyak kelapa dan air kelapa adalah makanan super yang mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia yang boleh kita amalkan setiap hari.

4. MENGURANGKAN KERADANGAN DAN RADANG SENDI (ARTHRITIS)

Kajian menunjukkan pengambilan makanan dengan kandungan anti oksidan yang tinggi seperti minyak kelapa dara (VCO) boleh menurunkan kadar keradangan. Minyak kelapa dara juga mempunyai asid lemak rantaian sederhana (MCFA) jenis asid laurik, asid kaproik dan kaprilik yang bersifat anti keradangan yang membantu mengawal keradangan sendi dan mengurangkan simptom radang dan kesakitan kepada sendi yang mengalami masalah radang sendi (arthritis).

Kajian menunjukkan minyak kelapa biasa yang di hasilkan dengan suhu sederhana tinggi masih mempunyai kandungan bahan anti keradangan yang boleh menurunkan kesan sel-sel keradangan. Ia bertindak sebagai bahan anti sakit (analgesik) dan anti keradangan (anti-inflammatory).

5. MENCEGAH DAN MERAWAT KANSER

Minyak kelapa mempunyai dua sifat utama iaitu anti keradangan dan anti oksidan untuk melawan kanser. Bahan anti keradangan didalam minyak kelapa adalah asid laurik yang sangat cepat menjadi ‘jasad keton’ (ketone bodies) dalam tubuh yang merupakan bahan boleh melawan sel-sel kanser.

Sel-sel kanser tidak berupaya menggunakan keton sebagai sumber tenaga dan hanya bergantung kepada glukosa untuk sumber tenaga utamanya. Oleh itu jika kita mengurangkan karbohidrat dalam pemakanan dan mengambil lebih banyak lemak atau minyak kelapa, maka sel-sel kanser tidak mendapat bekalan glukosa secukupnya. Ini akan melemahkan dan akhirnya membunuh sel-sel kanser akibat ‘kebuluran’ glukosa.

Kaedah pemakanan ‘Diet ketogenik’ boleh di gunakan dalam rawatan kanser untuk membunuh sel-sel kanser dengan kaedah pengambilan minyak atau lemak yang tinggi dengan pengambilan minyak kelapa dara sebagai sumber minyak atau lemaknya .

Kajian juga menunjukkan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) di dalam minyak kelapa boleh menghadamkan dinding sel bakteria yang berasaskan lemak, oleh itu juga efektif membunuh bakteria H.Pylori yang di katakan sebagai punca kepada kanser perut.

Kajian juga menunjukkan minyak kelapa mempunyai sifat anti kanser kerana ia mencetuskan reaksi anti-proliferasi dan kesan pro-apoptotik ke atas sel-sel kanser oleh kandungan asid laurik didalam minyak kelapa.

6. MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI TUBUH MANUSIA

Kajian menunjukkan kandungan asid laurik (monolaurin) di dalam minyak kelapa membantu menghalang pertumbuhan kulat kandida di dalam usus, melawan bakteria jahat dan membantu membunuh virus dalam tubuh. Banyak penyakit berjangkit hari ini berpunca daripada pembiakan tidak terkawal kulat, bakteria jahat, virus dan parasit dalam tubuh kita terutama akibat pengambilan gula dan makanan proses secara berlebihan.

Oleh itu jika menggantikan gula dan makanan proses berasaskan tepung gandum halus dengan mengambil lebih banyak minyak kelapa maka ia akan membantu kita pulih daripada jangkitan kuman-kuman ini dengan lebih cepat, dan jangan lupa pengambilan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan pati sup tulang.

7. MENINGKATKAN MEMORI DAN FUNGSI OTAK

Dalam satu kajian tahun 2004 yang di terbitkan dalam jurnal perubatan The Journal of Neurobiology of Aging menyatakan bahawa asid lemak rantaian sederhana (MCFA) di dalam minyak kelapa meningkat memori dan fungsi kognitif otak di kalangan mereka yang mempunyai masalah gangguan memori dan kognitif di kalangan orang yang berusia.

Kajian itu menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai masalah Alzheimer menunjukkan peningkatan memori dengan ketara selepas mula mengambil asid laurik daripada minyak kelapa. MCFA adalah lemak tepu rantaian sederhana yang sangat baik sebagai sumber tenaga utama sel-sel otak dan boleh masuk ke dalam sel-sel otak tanpa bantuan insulin. Oleh itu adalah sumber tenaga yang sangat efisien untuk organ otak kita.

8. MENINGKATKAN TENAGA DAN STAMINA

Minyak kelapa adalah sangat mudah di hadamkan dan menghasilkan tenaga segera yang tahan lama dan ia juga meningkat metabolisma tubuh .
Apabila kita mengambil minyak kelapa kandungan MCFA didalamnya memberikan tenaga segera yang di hantar ke organ hati (liver) dan di tukarkan kepada tenaga segera dalam bentuk jasad keton (ketone bodies)

Sekarang terdapat ramai atlet professional menggunakan minyak kelapa sebagai sumber makanan bertenaga dalam latihan mereka dan juga dalam pertandingan yang memerlukan kekuatan stamina seperti marathon dan kayuhan basikal jarak jauh.

Anda boleh mengamalkan satu bentuk resepi makanan berkhasiat penuh tenaga iaitu dengan mencampurkan minyak kelapa dara, madu asli dan chia seed sebelum memulakan senaman atau latihan fizikal untuk mendapat sumber tenaga segera yang sangat baik dan tahan lama.

9. MEMPERBAIKI SISTEM PENGHADAMAN

Minyak kelapa memperbaiki penghadaman dengan membantu penyerapan vitamin larut lemak (vitamin A,D,E,K), kalsium dan magnesium. Pengambilan minyak kelapa sekali dengan minyak ikan omega 3 boleh membuatkan ia menjadi lebih efektif sehingga dua kali ganda dan lebih mudah dihadamkan menjadi tenaga.

Minyak kelapa membantu perkembangan dan pembiakan bakteria baik dalam usus dan secara tidak lansung memperbaiki kesihatan usus dengan membunuh kulat dan bakteria jahat. Jangkitan kulat kandida menjadi satu masalah utama dalam usus kerana ia menyebabkan masalah radang usus, penghasilan asid perut menurun dan mengganggu penyerapan zat-zat nutrisi yang penting .

Oleh kerana itu mengamalkan minyak kelapa dara amat baik untuk kesihatan usus kerana sifat anti keradangannya dan membantu pesakit yang mengalami penyakit keradangan usus yang kronik seperti penyakit ulser perut dan penyakit radang usus dengan ulser (‘ulcerative colitis’)

10. MEMBANTU MASALAH BATU HEMPEDU DAN RADANG PANKREAS

Kandungan lemak MCFA di dalam minyak kelapa tidak memerlukan enzim pankreatik untuk penghadaman oleh kerana itu pengambilan minyak kelapa tidak membebankan kelenjar pankreas .

Minyak kelapa juga mudah di hadamkan dan ia boleh membantu pesakit yang ada masalah batu hempedu, masalah keradangan pundi hempedu (cholecystitis) dan keradangan kelenjar pankreas (pancreatitis). Mengubah pengambilan lemak tepu yang lain dengan bertukar kepada pengambilan minyak kelapa atau santan adalah kaedah yang lebih baik bagi seseorang yang mempunyai masalah gangguan kelenjar pankreas dan pundi hempedu.

11. MEMBANTU KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT

Minyak kelapa boleh dijadikan pencuci muka, pelembab dan pelindung matahari serta ia di gunakan untuk merawat penyakit kulit yang lain. Asid lemak MCFA seperti asid kaprilik dan asid laurik di dalam minyak kelapa bersifat anti keradangan secara dalaman atau luaran. Ia melembabkan kulit menjadikan ia sesuai untuk masalah kulit kering .

Minyak kelapa melindungi kulit dan mempunyai kandungan anti oksidan yang menjadikan ia sesuai untuk pemulihan masalah kulit. Minyak kelapa juga mempunyai bahan anti kuman yang boleh membunuh kulat dan kuman di kulit. Terdapat banyak kelebihan minyak kelapa kepada kesihatan dan kecantikan kulit .

12. MEMBANTU KESIHATAN GIGI & GUSI

Minyak kelapa sangat baik digunakan sebagai cecair kumur-kumur untuk mencegah masalah kerosakan gigi dan bengkak gusi . Kajian menunjukkan selain daripada memberi kelebihan kesihatan mulut, ia juga sangat berkhasiat untuk kesihatan umum juga . Minyak kelapa mempunyai khasiat untuk kesihatan mulut, gigi dan gusi adalah kerana sifat anti kuman MCFA yang ada didalamnya.

Dengan berkumur dengan minyak kelapa dalam mulut akan membunuh ‘bakteria jahat’ di dalam mulut dan melekat padanya. Dengan mengurangkan jumlah bakteria jahat dalam mulut akan mengurangkan risiko jangkitan kuman dan penyakit periodontal. Anda boleh lakukan kumur-kumur dengan minyak kelapa ini 3 kali seminggu dengan berkumur-kumur selama 20 minit jika anda ada masalah kerosakan gigi dan jangkitan gusi.

13. MENCEGAH MASALAH REPUT TULANG (OSTEOPOROSIS)

Penyakit tulang reput atau osteoporosis adalah juga berpunca daripada tekanan oksidatif dan radikal bebas. Oleh kerana minyak kelapa dara tinggi dengan anti oksidan yang melawan radikal bebas dan boleh membantu dalam rawatan masalah reput tulang atau osteoporosis .

Kajian juga menunjukkan minyak kelapa boleh membantu penyerapan kalsium dalam usus. Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak kelapa meningkat ketumpatan tulang dan kekuatan tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang akibat penyakit osteoporosis.

14. MENGAWAL GLUKOSA DARAH DALAM DIABETES

Apabila seseorang mengambil terlalu banyak makanan karbohidrat proses maka paras glukosa yang tinggi secara berterusan akan menyebabkan akhirnya terjadi ‘sindrom rintangan insulin’. Ia adalah punca kepada penyakit diabetes mellitus atau kencing manis.

Kajian menunjukkan minyak kelapa boleh membantu dalam pesakit diabetes untuk mengawal penyakit diabetes dengan lebih baik. Minyak kelapa membantu dalam meningkatkan sensiviti sel-sel kepada insulin dengan menyeimbangkan reaksi insulin. Minyak kelapa dara akan menjadi jasad ketone yang akan membekalkan tenaga segera kepada sel-sel tubuh.

Oleh kerana itu ia akan ‘merehatkan’ pankreas daripada menghasilkan lebih banyak insulin akibat kesan rintangan insulin. Minyak kelapa juga membantu proses penghadaman yang sihat. Oleh kerana mengamalkan pengambilan minyak kelapa secara konsisten dan berterusan akan membantu mengawal diabetes dan boleh memulihkannya.

15. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Oleh kerana minyak kelapa akan di hadamkan dan menjadi tenaga segera dengan sangat cepat maka ia adalah sangat baik dalam membantu menurunkan berat badan. Minyak kelapa tidak mengandungi bahan karbohidrat lansung di dalamnya. Ia membantu membakar lemak dan kalori dengan pantas, mengurangkan rasa lapar dan kajian menunjukkan ia sangat baik menghilangkan masalah perut buncit .

Kajian menunjukkan ia membantu mengurangkan pengumpulan lemak dalam tubuh seseorang. Kajian pada tahun 1985 yang di terbitkan dalam Journal of Toxicology and Environmental Health menunjukkan satu suntikan bahan asid kaprik (capric acid) yang terkandung dalam minyak kelapa menyebabkan pengurangan pengambilan makanan secara beransur-ansur dan kehilangan lemak serta penurunan berat badan dalam haiwan tikus makmal jantan yang dikaji.

Kandungan MCFA atau MCT (asid laurik, asid kaprik dan asid kaproik) didalam minyak kelapa adalah punca kenapa pengambilan minyak kelapa membantu menurunkan berat badan dan membakar lemak kerana MCT ini membantu pengawal banyak fungsi biologi di dalam sel-sel tubuh kita. Kajian ini juga menunjukkan asid kaprik juga membantu meningkatkan fungsi thyroid, menurunkan kadar degupan jantung dan membantu tubuh membakar lemak sebagai sumber tenaga.

Kajian lain yang di terbitkan dalam jurnal Obesity Research Journal pada tahun 2012 berdasarkan kajian yang dijalankan di Boston University Medical School di USA menunjukkan MCFA (asid kaprik) ini sangat efektif membakar lemak dalam tubuh seolah-seolah seseorng itu dalam keadaan berpuasa. Tubuh akan menggunakan tenaga simpanan dalam sel-sel lemak secara lebih efektif untuk membakar lemak yang tersimpan. Oleh kerana itu, pengambilan minyak kelapa setiap hari adalah satu usaha yang sangat efektif menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak yang terkumpul selama ini. Tetapi seseorang itu perlulah mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan nya.

16. MEMBANTU MEMBINA OTOT DAN MEMBAKAR LEMAK

Kajian menunjukkan pengambilan MCFA (Medium Chain Fatty Acids) adalah baik untuk membina otot-otot tubuh disamping ia membantu membakar lemak. Bahan MCFA yang kaya di dalam minyak kelapa telah digunakan sebagai bahan ramuan asas untuk produk-produk membina otot yang digunakan oleh ahli sukan bina badan. Ia juga sangat baik meningkatkan stamina dengan meransangkan biogenesis mitokondria dalam sel-sel tubuh dan meningkatkan metabolisma.

Dengan mengambil minyak kelapa asli secara terus seperti makan santan atau minyak kelapa dara maka kita akan membantu membina otot-otot yang lebih besar dan kuat. Satu tips mudah yang boleh diamalkan ialah dengan menambahkan dua susu minyak kelapa dara ke dalam minuman protin ‘shake’ yang di gunakan oleh ahli bina badan akan membantu mempercepatkan pembinaan otot-otot sasa dengan senaman yang sesuai. Pengambilan minyak kelapa adalah sangat baik atlet sukan dan seseorang yang suka bersukan.

17. KESIHATAN DAN KECANTIKAN RAMBUT

Minyak kelapa adalah satu ramuan yang sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut. Jika anda mempunyai masalah kelumumur, rambut kering maka minyak kelapa mempunyai asid lemak yang sangat berkhasia mengatasi masalah ini . Oleh kerana itu minyak kelapa banyak di gunakan sebagai bahan aktif dalam shampoo dan sabun serta produk penjagaan kulit.

Untuk mengatasi masalah kelumumur dan membantu menebalkan rambut, anda boleh mengambil satu sudu minyak kelapa dan dicampurkan dengan 10 titis minyak pati rosemary dan mengurutkan kepada akar rambut dan kulit kepala selama tiga minit. Bilas selepas 30 minit kemudian, insyaallah akan membantu mengurangkan masalah kelumumur dan rambut kering.

18. MELAWAN JANGKITAN KULAT KANDIDA DAN YIS

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Antimicrobial and Chemotherapy telah menunjukkan bahawa asid kaprik dan asid laurik di dalam minyak kelapa membantu melawan jangkitan kulat kandida dan yis.

Untuk mengawal secara efektif jangkitan kulat kandida dan yis ini seseorang perlu berhenti mengambil gula dan karbohidrat halus daripada pemakanan seharian dan menggantikan dengan pengambilan lemak sihat yang lebih banyak iaitu dengan mengambil satu sudu besar minyak kelapa dara sebanyak tiga kali sehari sebagai suplemen harian.

19. MEMBANTU AWET MUDA

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal Food and Function menunjukkan minyak kelapa meningkatkan paras anti oksidan dan akan melambatkan proses penuaan. Minyak kelapa membantu menurunkan stres atau tekanan kepada organ hati dan mengawal kadar stres oksidatif.

Kajian juga menunjukkan minyak kelapa membantu dalam proses detoksifikasi tubuh dengan membantu organ hati berfungsi dengan baik. Ia melambatkan proses penuaan secara semulajadi dengan pengambilan minyak kelapa dara bersama buah-buahan yang kaya dengan anti oksidan semasa sarapan setiap hari. Minyak kelapa juga boleh di sapu terus kepada kulit untuk mengurangkan kedutan dan kesan penuaan dan boleh digunakan sebagai minyak urut untuk awet muda.

20. MEMBANTU KESEIMBANGAN HORMON

Menggunakan minyak kelapa dara amat penting untuk keseimbangan hormon. Ia akan membantu menyeimbangkan hormon secara semulajadi kerana kandungan asid lemak tepu seperti asid laurik. Kajian menunjukkan minyak kelapa adalah sumber lemak yang sangat baik semasa menopaus dan membantu menyeimbangkan hormon estrogen.

Untuk keseimbangan hormon, seseorang perlu mengurangkan pengambilan gula pasir dan karbohidrat halus serta mengambil lebih banyak minyak kelapa, avocado, minyak flaxseed dan minyak sapi. Anda juga boleh mengambil minyak kelapa dalam bentuk santan dan mentega kelapa serta air kelapa secara kerap.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)

Rujukan:
1. Chinwong S, Chinwong D, Mangklabruks A. Daily Consumption of Virgin Coconut Oil Increases High-Density Lipoprotein Cholesterol Levels in Healthy Volunteers: A Randomized Crossover Trial. Evid Based Complement Alternat Med. 2017;2017:7251562. doi:10.1155/2017/7251562
2. Nafar F, Mearow KM. Coconut oil attenuates the effects of amyloid-β on cortical neurons in vitro. J Alzheimers Dis. 2014;39(2):233-7. doi: 10.3233/JAD-131436.
3. https://draxe.com/health/womens-health/uti-symptoms/
4. Otuechere CA, Madarikan G, Simisola T, Bankole O, Osho A. Virgin coconut oil protects against liver damage in albino rats challenged with the anti-folate combination, trimethoprim-sulfamethoxazole. J Basic Clin Physiol Pharmacol. 2014 May 1;25(2):249-53. doi: 10.1515/jbcpp-2013-0059.
5. https://draxe.com/nutrition/fats-and-oils/is-coconut-water-good-for-you/
6. Vysakh A, Ratheesh M, Rajmohanan TP et al. Polyphenolics isolated from virgin coconut oil inhibits adjuvant induced arthritis in rats through antioxidant and anti-inflammatory action. Int Immunopharmacol. 2014 May;20(1):124-30. doi: 10.1016/j.intimp.2014.02.026. Epub 2014 Mar 6.
7. https://draxe.com/nutrition/article/cancer-fighting-foods/
8. Wroblewski, Lydia E et al. “Helicobacter pylori and gastric cancer: factors that modulate disease risk.” Clinical microbiology reviews vol. 23,4 (2010): 713-39. doi:10.1128/CMR.00011-10
9. Lappano, Rosamaria et al. “The lauric acid-activated signaling prompts apoptosis in cancer cells.” Cell death discovery vol. 3 17063. 18 Sep. 2017, doi:10.1038/cddiscovery.2017.63
10. Shilling M, Matt L, Rubin E, Visitacion MP, Haller NA, Grey SF, Woolverton CJ. Antimicrobial effects of virgin coconut oil and its medium-chain fatty acids on Clostridium difficile. J Med Food. 2013 Dec;16(12):1079-85. doi: 10.1089/jmf.2012.0303
11. Galvin, James E. “OPTIMIZING DIAGNOSIS AND MANANGEMENT IN MILD-TO-MODERATE ALZHEIMER’S DISEASE.” Neurodegenerative disease management vol. 2,3 (2012): 291-304. doi:10.2217/nmt.12.21
12. St-Onge MP1, Bosarge A. Weight-loss diet that includes consumption of medium-chain triacylglycerol oil leads to a greater rate of weight and fat mass loss than does olive oil. Am J Clin Nutr. 2008 Mar;87(3):621-6.
13. Wang B, Li L, Fu J, Yu P, Gong D, Zeng C, Zeng Z. Effects of Long-Chain and Medium-Chain Fatty Acids on Apoptosis and Oxidative Stress in Human Liver Cells with Steatosis. J Food Sci. 2016 Mar;81(3):H794-800. doi: 10.1111/1750-3841.13210. Epub 2016 Jan 22.
14. Rial, Sabri Ahmed et al. “Gut Microbiota and Metabolic Health: The Potential Beneficial Effects of a Medium Chain Triglyceride Diet in Obese Individuals.” Nutrients vol. 8,5 281. 12 May. 2016, doi:10.3390/nu8050281
15. Jakob S, Zabielski R, Mosenthin R et al. Influence of intraduodenally infused olive and coconut oil on postprandial exocrine pancreatic secretions of growing pigs. J Anim Sci. 2001 Feb;79(2):477-85.
16. Lin, Tzu-Kai et al. “Anti-Inflammatory and Skin Barrier Repair Effects of Topical Application of Some Plant Oils.” International journal of molecular sciences vol. 19,1 70. 27 Dec. 2017, doi:10.3390/ijms19010070
17. https://draxe.com/nutrition/fats-and-oils/coconut-oil-for-skin/
18. https://draxe.com/health/oral-care/oil-pulling-coconut-oil/
19. Shanbhag VK. Oil pulling for maintaining oral hygiene – A review. J Tradit Complement Med. 2016;7(1):106–109. Published 2016 Jun 6. doi:10.1016/j.jtcme.2016.05.004
20. https://draxe.com/health/bones-joints/osteoporosis-treatment/
21. Hayatullina Z, Muhammad N, Mohamed N, Soelaiman IN. Virgin coconut oil supplementation prevents bone loss in osteoporosis rat model. Evid Based Complement Alternat Med. 2012;2012:237236. Epub 2012 Sep 16.
22. Narayanankutty A, Mukesh RK, Ayoob SK, et al. Virgin coconut oil maintains redox status and improves glycemic conditions in high fructose fed rats. J Food Sci Technol. 2016;53(1):895–901. doi:10.1007/s13197-015-2040-8
23. https://draxe.com/health/how-to-lose-belly-fat/
24. Lei, T. , Xie, W. , Han, J. , Corkey, B. E., Hamilton, J. A. and Guo, W. (2004), Medium‐Chain Fatty Acids Attenuate Agonist‐Stimulated Lipolysis, Mimicking the Effects of Starvation. Obesity Research, 12: 599-611. doi:10.1038/oby.2004.69
25. Wang Y, Liu Z, Han Y, Xu J, Huang W, Li Z. Medium Chain Triglycerides enhances exercise endurance through the increased mitochondrial biogenesis and metabolism. PLoS One. 2018;13(2):e0191182. Published 2018 Feb 8. doi:10.1371/journal.pone.0191182
26. Nayak BS, Ann CY, Azhar AB, Ling ECS, Yen WH, Aithal PA. A Study on Scalp Hair Health and Hair Care Practices among Malaysian Medical Students. Int J Trichology. 2017;9(2):58–62. doi:10.4103/ijt.ijt_76_16
27. Bergsson G, Arnfinnsson J, Steingrímsson O, Thormar H. In vitro killing of Candida albicans by fatty acids and monoglycerides. Antimicrob Agents Chemother. 2001;45(11):3209–3212. doi:10.1128/AAC.45.11.3209-3212.2001
28. Arunima S, Rajamohan T. Effect of virgin coconut oil enriched diet on the antioxidant status and paraoxonase 1 activity in ameliorating the oxidative stress in rats – a comparative study. Food Funct. 2013 Sep;4(9):1402-9. doi: 10.1039/c3fo60085h.
29. https://draxe.com/nutrition/anti-aging-supplements/
30. Feranil AB, Duazo PL, Kuzawa CW, Adair LS. Coconut oil is associated with a beneficial lipid profile in pre-menopausal women in the Philippines. Asia Pac J Clin Nutr. 2011;20(2):190–195.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply