DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

20 Langkan Hadapi Musim Banjir

20 Langkan Hadapi Musim Banjir

Musim banjir yang melanda negeri di pantai timur berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran makanan yang lebih kerap. Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diingatkan supaya mengamalkan perkara berikut semasa musim banjir:

1) Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun.

2) Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

3) Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan. Elakkan minum air yang tidak dimasak.

4) Pastikan sumber air telaga, perigi dan paip adalah bersih.

5) Kupas kulit buah-buahan sebelum dimakan.

6) Elakkan penggunaan ais kecuali dibuat daripada air masak atau botol.

7) Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman.

8) Segera makan makanan yang telah dimasak dan elakkan menyimpan makanan tersebut melebihi empat (4) jam dalam suhu bilik.

9) Sekiranya ingin memakan makanan yang berbungkus, pilih bungkusan yang masih sempurna, tidak bocor, tidak koyak dan tidak kotor. Elakkan dari membeli/makan makanan dalam tin yang kemek, bocor, berkarat dan kembung.

10) Pilih makanan yang dapat diterima dari segi rupa fizikalnya seperti bebas daripada kulat, berbau busuk dan bertukar warna.

11) Elakkan membeli/makan makanan yang telah tamat tarikh luput.

12) Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah.

13) Bersihkan botol susu dan bekas makanan bayi dengan air bersih.

14) Selepas pendedahan kepada air banjir (contohnya mengharungi banjir), perlulah mencuci / basuh bahagian tubuh yang terdedah dengan air bersih dan sabun.

15) Sampah dan sisa makanan perlu dibuang dengan sempurna dan bertutup.

16) Buang semua makanan yang telah terendam atau tercemar dengan air banjir.

17) Buang semua makanan basah (seperti ayam, ikan, udang dll) yang disimpan dalam peti sejuk yang telah terputus bekalan elektrik selama lebih 12 jam.

18) Bagi pengendali makanan, elakkan mengendalikan makanan sekiranya mengalami cirit-birit, demam, muntah atau mempunyai luka-luka kulit. Luka-luka kulit perlu ditutup dengan balutan kalis air.

19) Mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala penyakit seperti demam, cirit-birit dan muntah.

20) Akhir sekali, orang ramai dinasihat berhati-hati ketika membeli makanan yang dijual dengan harga murah bagi mengelakkan terbeli produk yang tercemar atau rosak akibat banjir.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.