3 Cara Senaman Ringkas Kecilkan Punggung Dengan Cepat

3 Cara Senaman Ringkas Kecilkan Punggung Dengan Cepat

1) Sandar Di Dinding

Bersandar pada dinding, pastikan belakang kepala, badan dan punggung anda betul – betul rapat pada dinding seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. Luruskan kaki anda dan sedikit ke depan. Jarak posisi kaki anda lebih kurang 45cm dari dinding.

Turunkan badan anda secara perlahan – lahan seperti anda sedang duduk di atas kerusi. Pastikan kaki anda tidak bergerak dan tahan selama 30 saat.

Selepas itu kembali ke posisi asal dengan bersandar di dinding.

Ulangi proses ini selama 10 – 15 kali.

2) Menaiki Tangga

Berdiri tegak di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri anda dan letak di anak tangga yang lebih tinggi dari kaki kanan anda. Sila lihat  gambar di atas.

Naiki tanga dengan menggunakan kaki kiri anda sehingga kaki kanan anda sedikit terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal.

Kemudian tukar ke kaki sebelah kanan pula.

Ulangi proses ini sebanyak 20 kali.

3) Lunge

Berdiri tegak sambil meletakkan kedua – dua belah tangan di pinggang anda.

Kaki kiri langkah ke depan dengan keadaan peha anda kelihatan mendatar. Pada masa yang sama, pastikan lutut kaki kanan tidak melebihi kaki kiri dan anda juga mestilah dalam posisi badan yang tegak.

Kemudian kembali ke posisi asal berdiri tegak.

Selesai kaki kiri, tukar kaki kanan pula.

Ulangi proses ini sebanyak 10 ke 15 kali.

Senangkan senaman tersebut, bila – bila masa pun kita boleh buat. Yang pentingdisiplin. Sekiranya setiap hari anda lakukan 3 senaman yang saya kongsikan ni. Pastinya tak de masalah lagi nak cari jeans. Sebab dah dapat cara nak kecilkan punggung dengan cepat dan sihat .

Jemputlah kawan join telegram @GayaSihatCantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat