DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

3 Jenis Lemak Dalam Badan

3 Jenis Lemak Dalam Badan

JENIS LEMAK YANG ANDA PATUT TAHU

Saya ingin berkongsi dengan anda jenis-jenis lemak di dalam badan kita kerana tidak semua lemak di dalam itu sama. Konsep ini berbeza dengan kolestrol baik dan jahat yang tedapat dalam saluran darah kita.

1) Structural Fat

Lemak jenis ini terletak di sekitar organ dan berfungsi penting untuk menjadi ‘cushion’ kepada organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak struktur ini adalah berfungsi sebagai tisu penyokong dan biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Normal Fat Reserve

Lemak jenis ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti ‘Tangki Tenaga’ (Glycogen) atau ‘Petrol’ yang akan digunakan sekiranya diperlukan.

3. Abnormal Stored Fat

Lemak ini biasanya di kenali sebagai ’tisu adipose’ dan ‘visceral fat’. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai ‘Tangki Spare’. Lemak inilah yang kelihatan ‘membuncit’ dan ‘berlipat-lipat’ terutama di bahagian perut.

Ia sangat aktif mengeluarkan toksik chemical dan hormon ‘estrone’ yang akan mengganggu sistem tubuh anda. Lemak ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama. Lemak ini akan merosakkan sistem saluran darah dan menyebabkan saluran darah boleh tersumbat. Hanya dalam keadaan yang hampir ‘kebuluran’ sahaja, lemak ini akan dibakar dan mula digunakan sebagai tenaga.

Dalam keadaan anda berdiet anda akan menggunakan lemak jenis 2 sebagai sumber tenaga dan bukan lemak jenis 3 yang menjengkelkan itu.

Hanya apabila usaha yang konsisten dalam masa tertentu, barulah lemak jenis 3 digunakan sebagai tenaga.

So, kunci untuk mengeluarkan lemak degil jenis 3 ni adalah dengan mengamalkan sekurang2nya IF 16:8 bermaksud 16 jam fasting window dan 8 jam eating window (3-2 meal). Dan lakukan dengan disipilin dan istiqamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.