DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

3 Perkara Penting Sebelum Beli Vitamin C

3 Perkara Penting Sebelum Beli Vitamin C

Ramai yg cakap;

“Ala, beli mana-mana vita C pun sama je. Yg penting kita amik vitamin.”

Silap sebenarnya. Ada beberapa perkara PENTING uols kena ambil tahu sebelum nak beli ‘just any brand’ of vita C. Meh saya listkan:

1. Tak semua jenama vita C ada sifat SUSTAINED RELEASE (SR). Kenapa penting SR ni? Sebab vita C ni adalah vitamin yg mudah lupus dalam tubuh. Ia bersifat water-soluble. Maksudnya, berapa banyak pun vita C yg masuk dalam tubuh kita, kalau takde sifat SR ni, ia tetap akan habis begitu sahaja dalam masa 1 jam. Itu yg orang kata membazir je tu. Contohnya, konon kita nak amik yg 2000mg terus sebab nak boost immune. Tapi sebenarnya, badan kita tak boleh serap sebanyak itupun dalam satu-satu masa. So, mana yg terlebih tu memang akan terbuang begitu sahaja melalui air kencing. Tu yg orang kata ‘kencing mahal tu’. Hehe.. Bila ada sifat SR, vita C akan dilepaskan sedikit demi sedikit dalam badan mengikut jumlah optimum yg mampu diserap oleh badan manusia normal. So, lebih lama la vita C tu dapat berada & berfungsi dalam badan kita.

2. Sebaiknya elakkanlah pil/kapsul/cecair vita C yg ada perisa sedap-sedap macam oren ke, strawberry ke, mangga ke atau sebagainya. Kenapa? Sebab hakikatnya sifat vita C itu sendiri adalah terlalu masam sehingga menghampiri pahit. Tak sedap pun. So, yg memberikan rasa buah sedap kepada kebanyakan pil/cecair vita C adalah perisa tambahan yg pastinya mengandungi gula yg tinggi sebab nak mengatasi rasa masam pahit asal vita C tu. Just imagine, kalau kita beri anak-anak, apa yg sebenarnya kita beri secara tanpa sengaja kepada mereka? Dah tentu bukan vitamin semata-mata kan? Ada gula bersamanya! Kita pun tahu apa keburukan gula ni kan?

3. Kebanyakan pil/cecair vita C biasanya berperisa oren. Di mana buah oren adalah antara buah yg berasa masam & mengandungi kandungan asid yg agak tinggi. Asid ini akan mendatangkan rasa tidak selesa kepada mereka yg mempunyai masalah gastrik. So, macam mana orang gastrik nak topup keperluan vita C? Maka, perlulah pilih supplemen yg berasaskan bahan yg rendah kandungan asidnya. Bukan oren sahaja yg mempunyai kandungan vita C yg tinggi tau. Ada beberapa lagi pilihan yg sumber yg lain yg lebih lembut di perut & lebih efisien kosnya; seperti jagung.

So, please. Jangan ‘pukul rata’ kata semua vita C sama sahaja. Kena cakna dengan apa yg kita nak ambil & beri kepada diri sendiri serta keluarga kita.

Info Irda Bay

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat