DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

3 Ubat Yang Mengurangkan Paras Vitamin C

3 Ubat Yang Mengurangkan Paras Vitamin C

Ubat-ubatan VS vitamin C

1. Omeprazole

Ada kajian yang menunjukkan orang yang sihat (belum ada apa2 penyakit) & orang yang ada jangkitan H. pylori (bakteria penyebab ulser perut) dan makan ubat yang bernama omeprazole selama 4 minggu mengalami masalah kekurangan vitamin C.

Ini kerana omeprazole menghalang/mengurangkan penyerapan vitamin C.

2. Aspirin

Kajian pada tahun 1970 (lama gilaa) menemukan bahawa aspirin dalam dos yang tinggi contohnya diambil untuk sakit sendi mengurangkan paras vitamin C.

Kajian2 seterusnya mendapati pengambilan aspirin 600mg mengurangkan penyerapan vitamin C oleh sel darah putih yang merupakan sel imun untuk melawan kuman.

Dalam erti kata lain, vitamin C mungkin membantu melindungi perut daripada kesan aspirin.

3. Pil perancang

Beberapa kajian mendapati paras vitamin C adalah lebih rendah & tekanan oksidatif adalah lebih tinggi dalam wanita yang ambil pil perancang

Pengambilan vitamin C mungkin mengurangkan kesan tekanan oksidatif pil perancang.

Sumber : Majalah Better Nutrition Oct,2020.

#infovitaminC

kredit : Dr Fyda Noh

Leave a Reply

%d bloggers like this: