DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

4 Cara Makan Nasi Untuk Kurus

4 Cara Makan Nasi Untuk Kurus

Siapa cakap nak kurus takleh makan nasi…tipu wei! Boleh makan nasi dan turun 2-5kg sebulan. Rentikanlah makan sehari sekali, diet biskut, diet sup ntah macam2 lagi diet yang menyeksakan tu. Cuba 4 cara ni

1- NASI SEGENGGAM/SEPENUMBUK

Menggunung ataupun penuh sepinggan tak boleh yer. Cukup sekadar 200 kalori nasi (putih/perang) size segenggam tangan kita.

2- PROTEIN SEBESAR TAPAK TANGAN

Ikan ataupun ayam yang masak kukus, panggang ataupun steam. Size dia sebesar tapak tangan kita. Protein ni yang buat kita rasa kenyang dan tak cepat lapar. Ambik banyak protein kay…

3- BANYAKKAN SAYUR

Sayur mempunyai vitamin, mineral dan fiber yang mana badan tak boleh proses sendiri dan hanya boleh dapat drpd makanan. Ia jugak bantu lancarkan lagi proses turun berat badan; detox dan pembakaran lemak. Fiber jugak bantu bagi rasa kenyang lebih lama.

4- JANGAN AMBIK KUAH

Kuah kari, kuah lemak, kuah kurma ke takyah la ambik dulu sepanjang proses nak kurus ni. Sebab ape tau… sesudu besar kuah boleh jadi 100kalori. Mana taknya ada minyak, santan, gula, garam dan penambah rasa yang PERLU DIELAKKAN untuk kurus ni.

Selamat mencuba! Turun berat badan dengan ilmu

Leave a Reply

%d bloggers like this: