4 Cara Nak Kekal Bermovitasi Tinggi

4 Cara Nak Kekal Bermovitasi Tinggi

LAPAR

.

Ada yang tanya saya “Apa yang buat Kak Lyna highly motivated je? Takde rasa lemau2 ke buat bisnes? Takkan takde rasa down?”

Pertama, saya anggap semua yang saya buat ni sebagai tanggungjawab. Macam kita jaga anak kita, tanggungjawab.

Pernah rasa malas nak bangun bila anak terjaga tgh malam nangis minta susu? Dah tentu2 tak kan? Maybe kita pula yang asyik bangun2 nak check dia.

Walaupun penat, walaupun mengantuk, walaupun sakit!

Kita tak perlu sebarang motivasi pun utk bangun demi anak tersayang.

Kalau kita anggap apa yang kita buat sama seperti bagaimana kita jaga anak kita, insya-Allah takkan pernah rasa lemau. Malah, makin excited setiap hari.

Dan kedua, saya anggap apa yang sy buat adalah kewajipan. Macam kita solat, tak pernah kan tiba2 rasa nak tinggal solat sebab rasa lemau. Malah, sbb lemau lah kita paksa diri utk solat.

Yang keempat, jadi macam orang lapar. Orang lapar tak peduli benda lain dah, fokus pada bagaimana nak kasi kenyang je. Tengok je lah kalau ke pasar ramadan… semua benda nak beli.

Yang terakhir, ingat Allah bukan ada di masjid je. Dalam urusan kerja kita pun Dia ada. Kalau Boss ada sebelah, boleh pula kita fokus kerja,.. Allah pula sentiasa ada dgn kita.

So, bagaimana? Masih nak lemau?

aKak Lyna
iReachPreneur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.