DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

4 Cara Penggunaan Buah Kulim

4 Cara Penggunaan Buah Kulim

Buah kulim✔BUAH DIPILIH DAN DICUCI BERSIH SEBELUM DIJUAL. BUAH KULIM/ BAWANG HUTAN
Antara khasiat buah kulim ialah, ia dikatakan boleh merawat penyakit buah pinggang, batu karang, kencing manis, melawaskan kencing,menurunkan paras kolestrol dan menyegarkan badan.

CARA PENGGUNAAN:

1. Ambil 1 biji buah kulim, pecahkan tempurungnya,ambil isi didalamnya dan potong kecil. Rebuskan bersama 4 cawan air.Didihkan sehingga air menjadi setengah.Kemudian tapis dan sejukkan.Biasanya diminum 2 kali sehari. Air lebihan minum boleh disimpan didalam botol dan simpan didalam peti ais.(TUTUP RAPAT BOTOL UNTUK MENGELAKKAN PETI AIS BERBAU)

2. Pecahkan tempurung, ambil isi dan hiris nipis, Jemur hingga kering . Rendamkan kepingan buah kulim yang sudah kering kedalam air panas/suam, biarkan sejuk dan minum seperti minum teh.

3. Untuk rawatan buasir, bakar buah kulim bersama tempurungnya sehingga panas, kemudian balut kedalam kain dan tuam di tempat buasir.(seperti bertungku).

4. Bagi yang tidak boleh minum air buah kulim secara terus, bolehlah dimasak dan dimakan bersama nasi.

Antara menu masakan buah kulim ialah:

Dibuat sambal tumis,
Direbus bersama ikan dan asam keping,
Ditumbuk dan ditumis untuk menggoreng nasi,
Dibuat masak lemak.
Pucuk muda pokok kulim dijadikan ulam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: