DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

4 Makanan Elak Kencing Manis

4 Makanan Elak Kencing Manis

Kencing manis? Apa itu sebenarnya kencing manis? Kencing manis merupakan satu keadaan apabila paras glukos sangat tinggi dalam darah yang berpunca daripada kekurangan daya keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari salur darah dalam sel badan.
Sekiranya anda mengalami penyakit kencing manis, glukos dalam darah tidak dapat memasuki sel-sel berkaitan, ia akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

1. BUAH PERIA KATAK

Resepi untuk menghasilkan jus ini sungguh mudah dengan menyediakan sebiji peria katak, sebiji epal hijau dan 4 cawan air kosong.Cara penyediaannya ialah anda hanya perlu potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau. Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.

2. DAUN LIDAH BUAYA

Bagi mengawal paras gula dalam darah. Penggunaan lidah budaya adalah dengan cara mengambil 1 batang lidah buaya, kemudian bersihkan dan kupas kulit serta durinya. Rendamkan selama 30 minit bersama air garam. Ramas dan bilaskan dengan air. Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih. Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk. Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas. Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali.
Selain itu, petua ini berkesan bagi mengubati kencing manis secara menyeluruh dengan cara yang lebih kurang dengan kaedah mengawal paras gula. Cuma tambahkan menjadi 2 batang dan direbus bersama 3 gelas air dan ditapiskan jelnya untuk mengambil air sahaja. Amalkan minum air ini 3 kali sehari selepas mengambil makanan sebanyak setengah gelas. Lakukan setiap hari untuk melihat tindak balas lidah buaya dalam merawat kencing manis.

3. KULIT KAYU MANIS

Kulit kayu manis Masukkan kedalam semua jenis masakan atau minuman seperti kopi panas, teh panas,apa saja minuman panas dan masakan seperti nasi, bubur, kari, masak lemak atau apa apa saja.
Cuba amalkan minum air panas kosong yang dibubuh serbuk kulit kayu manis atau batang kulit kayu manis.
Masukkan 4-5 batang kedalam air panas dan buarkan sampai suam..kemudian minum airnya.amalkan dan jadikan rutin harian anda.

4. KACANG BENDI

Dalam kaedah tradisional juga, kacang bendi terkenal sebagai ‘superfood’ yang mempunyai 1001 kebaikan kepada individu yang berisiko atau menghidapi penyakit diabetes dan sebarang penyakit kronik yang lain. Nama lain bagi kacang bendi ialah Abelmoschus esculentus. Ia mempunyai khasiat yang baik dalam mengawal gula dalam darah dan lain-lain khasiat untuk kesihatan manusia.

satu petua merawat kencing manis dengan bendi ialah dengan hanya anda perlu mengambil 2 batang kacang bendi dan dikerat bahagian atas dan bawah, sebelum itu basuh bersih terlebih dahulu baru kerat. Bagi memudahkan proses tersebut, kelarkan bahagian tengah bendi tersebut dan masukkan ia ke dalam gelas berisi air.

Kemudian, tutupkan gelas dengan penutup yang kedap lalu biarkan ia semalaman pada suhu normal atau suhu bilik. Keluarkan bendi yang direndam daripada gelas pada keesokan harinya dan minum air tersebut sebelum mengambil sarapan. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan kesan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis berlaku.

Khasiatnya akan kurang apabila bendi dicampurkan dalam masakan berbanding makan begitu sahaja atau minum air rendaman bendi tersebut. Petua ini berguna bukan sahaja merawat kencing manis tetapi boleh dipraktikkan oleh semua orang dengan tujuan mengelakkan penyakit yang kronik dan menyelamatkan diri daripada serangan penyakit yang tidak diingini.

kredit : ida shahida

Leave a Reply

%d bloggers like this: