DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

4 Manfaat Herba Mas Cotek

4 Manfaat Herba Mas Cotek

Sudah ramai yang tahu tumbuhan mas cotek ini. Banyak juga produk-produk yang ada di pasaran yan berasaskan tumbuhan ini. Tumbuhan ini selalunya lebih sinonim dengan wanita.

Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya.

Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Untuk perubatan pokok ini biasanya:
– Berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam.

– Digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
– Mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan
– Air rebusan akar dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.

2. Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.

3. Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.

4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

Mengeluarkan toksin dalam badan
Melancarkan perjalanan dara.
Sakit urat saraf
Gout
Kencing manis
Darah tinggi
Membuang kolestrol dan lemak
Buasir
Migraine /sakit kepala
Paru-paru berair
Pemulih tenaga batin
Sakit puan
Senggugut
Sakit pinggang
Keletihan
Masalah tidur
Rangsangan hormon lelaki
Mengecutkan rahim peranakan
Merapatkan pintu rahim
Sakit lutut
Mencantikkan dan melicinkan kulit
Demam/ Selesema

Leave a Reply

%d bloggers like this: