4 Sebab Kenapa Wanita Mudah Menangis

4 Sebab Kenapa Wanita Mudah Menangis

Kenapa wanita mudah Menangis
(Sumber:wanita blogspot)

1. Faktor Hormon

Mengikut kajian yang telah dilakukan hormon wanita adalah lebih mudah dalam keadaan tidak stabil terutamanya apabila pada waktu datang bulan. Tekanan yang biasa bagi mereka kadang kala akan berubah menjadi suatu tekanan yang besar di mana ia boleh membuatkan mereka menangis.

Kebanyakan wanita bersetuju bahawa mereka lebih kerap untuk menangis pada waktu datang bulan/haid. Dinasihatkan supaya jangan memberi sebarang tekanan kepada mereka kerana pada masa ini lebih sensitif daripada biasa.

2. Tujuan Manipulasi

Adakah anda sedar bahawa kebanyakan daripada wanita percaya dan yakin akan kenyataan bahawa lelaki itu lemah terhadap tangisan air mata mereka. Kepercayaan ini telah lama diketahui sejak dari dahulu lagi dan ada sesetangah wanita menggunakannya untuk memanipulasi keadaan supaya memihak kepada mereka.

Mereka juga sangat yakin bahawa seseorang lelaki itu pasti sanggup melakukan apa pun hanya untuk memberhentikan teangisan mereka.

3. Faktor Kemarahan

Wanita adalah sama sekali tidak sama seperti kaum lelaki, wanita itu lebih cenderung meluahkan perasaan marah melalui tangisan. Ini adalah sifat semulajadi bagi setiap wanita. Wanita menangis dan marah biasanya kerana anda melakukan sesuatu yang mereka tidak sukai.

Majoriti wanita bersetuju bahawa mereka merasa lebih tenang setelah meluahkan kemarahan melalui tangisan. Tangisan disebabkan kemarahan juga dianggap salah satu cara terbaik baik mengatasi emosi amarah mereka.

3. Faktor Memori

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai pemikiran yang sangat kompleks berbanding lelaki. Sebagai contoh, ketika anda sedang bergelak ketawa dan secara tiba-tiba sahaja mereka akan mengingati akan kenangan lalu sekaligus menyebabkan mereka menangis.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kebanyakan wanita lebih kerap mengingati akan setiap detik hidup yang mereka lalui selama ini berbanding dengan kaum lelaki. Tuhan telah mengurniakan mereka memori yang kuat bagi mengingati setiap kenangan bagi membolehkan mereka muhasabah akan perkara-perkara yang dialami.

4. Faktor Emosi

Pemikiran wanita itu terlalu mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding akal fikiran. Mereka selalu secara automatik akan mengekspresikan akan satu tindakan itu berdasarkan emosi yang mereka hadapi, berbanding pula dengan lelaki yang sentiasa berusaha mengawal tindakan supaya tidak terikut dengan emosi mereka sendiri.

Ini adalah merupakan perbezaan ketara antara wanita dan lelaki di mana lelaki lebih mementingkan pertimbangan akal fikiran berbanding mengikut nafsu dan emosi.

Tangisan adalah sesuatu yang agak asing bagi kaum lelaki namun apabila seseorang wanita itu menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda di sisi mereka. Laksanakan tanggungjawab anda sebaik-baiknya bagi menenangkan mereka.

sunber : telegram @GayaSihatCantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat