DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

5 Gejala Penyakit Yang Tidak Boleh Kita Leka

5 Gejala Penyakit Yang Tidak Boleh Kita Leka

5 GEJALA PENYAKIT YANG TIDAK HARUS DI ABAIKAN
.
Dalam kehidupan seharian, kita akan selalu menghadapi gejala penyakit yang terlepas pandang.
.
Seperti sakit kepala, demam dan lain2 lagi. Mungkin bagi sesetengah orang ini bukanlah sesuatu yang perlu di risaukan. Jika masih boleh melakukan aktiviti fizikal seperti biasa, tanda2 tersebut selalu di abaikan dengan harapan akan hilang dengan sendiri.
.
Perlu di berikan perhatian yang serius untuk tanda2 di bawah .Jika terlambat boleh menyebabkan gangguan yang lebih serius termasuk kematian.
.
1. Penurunan berat badan tanpa sebab
.
Penurunan berat badan secara tiba2 tanpa diet atau aktiviti fizikal. Keadaan ini sebahagian besar disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius.
.
Ini merupakan tanda dari beberapa masalah kesihatan serius seperti hipertiroid, diabetes, depresi, penyakit hati, kanser dan juga terdapat gangguan pada usus di mana proses penyerapan nutrisi terganggu.
.
2. Demam tinggi yang menetap
.
Demam bukan lah selalunya merupakan tanda untuk penyakit merbahaya. Demam merupakan mekanisme alami tubuh dalam melawan jangkitan.
.
Namun demam tinggi yang menetap merupakan tanda terdapat jangkitan yang tersembunyi, seperti contoh infeksi pada saluran kencing dan tuberkulosis.
.
Beberapa jenis kanser seperti limfoma juga menyebabkan kenaikan suhu tubuh yang menetap.
Segera berjumpa doktor bila demam tinggi (suhu diatas 39.4C) lebih dari 3 hari.
.
3. Nafas pendek dan sesak
.
Melakukan olahraga berat yang berlebihan, cuaca panas yang keterlaluan, kegemukan dan berada di altitud yang tinggi ini akan menyebabkan nafas pendek atau tercungap cungap. Ini adalah normal untuk orang yang sihat rasakan.
.
Jika nafas sesak secara tiba2 tanpa sebab, segeralah berjumpa dengan doktor.
.
Beberapa masalah kesihatan yang dapat menyebabkan nafas pendek dan sesak adalah bronchitis, asma, pneumonia, penyakit jantung dan lain2 lagi.
.
Kesukaran bernafas boleh juga terjadi pada pesakit iaitu serangan panik.
.
4. Gangguan buang air besar
.
Berjumpa lah dengan doktor sekiranya ,
🩺 Najis berdarah atau berwarna hitam
🩺 Cirit atau susah buang air besar / sembelit
.
Perubahan kebiasaan membuang air besar merupakan terdapatnya jangkitan bakteria seperti bakteri helicobacter pylori atau salmonella, atau jangkitan virus dan parasit.
.
Antara lain dari gangguan buang air besar adalah irritable bowel disease dan kanser usus besar.
.
5. Perubahan keperibadian atau kebingungan
.
Segera berjumpa doktor apabila mengalami gejala berikut:
🩺 Penurunan kemampuan berfikir
🩺 Kesulitan konsentrasi dan kerap mengalami perhatian yang berubah ubah
🩺 Perubahan tingkah laku
.
Gejala gejala diatas disebabkan oleh berbagai masalah kesihatan seperti jangkitan, kurang nutrisi dan masalah mental.
.
Semoga bermanfaat
.
#SihatItuIndah
#ECPJantungsihat
#ECPBuahPinggangSihat

Leave a Reply

%d bloggers like this: