DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

5 Isu Kesihatan Wanita

5 Isu Kesihatan Wanita

5 isu kesihatan wanita perlu diawasi :

1. Mengekalkan atau mengawal berat badan

Masalah kenaikan berat badan dalam kalangan wanita meningkat usia agak universal. Sebenarnya, kadar metabolisme rendah salah satu sebab berat badan sukar turun atau naik di sebalik rutin hidup lebih sihat. Jadi apa patut kita buat?

Kita harus gandakan usaha sama ada dari segi mengawal pemakanan ataupun bersenam. Yang tidak bersenam sebelum ini, mulalah panaskan badan. Bagi yang gemar meratah makanan lewat malam, kena kurangkan atau berhenti terus.

Kenaikan berat badan juga salah satu punca utama wanita diserang penyakit berkaitan kardio selain diabetes dan kanser.

2. Sakit bahagian dada

Pernah dengar ibu atau isteri anda mengeluh sakit dada? Kalau begitu jangan ambil mudah. Pelbagai kajian membuktikan sakit dada dalam kalangan wanita petanda awal sakit jantung walaupun tanpa simptom seperti arteri tersumbat umum dalam kalangan lelaki. Kebanyakan wanita mangambil ringan sakit di bahagian badan menyebabkan mereka diserang penyakit kronik secara mengejut. Ingat sakit-sakit tertentu di bahagian badan petanda yang harus diberi perhatian.

3. Jaga tulang anda, asas kepada struktur badan

Wanita adalah kumpulan paling berisiko bermasalah osteoporosis, jadi kesihatan tulang harus dijaga dengan baik. Penjagaan harus bermula sejak muda lagi, jangan tunggu sehingga anda capai 30an. Pengambilan kalsium di usia muda seperti menyimpan wang setiap bulan dalam bank untuk kegunaan hari persaraan. Bila dah bersara, mana boleh simpan wang kan? Namun, pengambilan suplemen kalsium dan makanan berkalsium tinggi tetap disarankan dengan harapan ia sekurang-kurangnya membantu menampung kadar kalsium berkurangan. Jangan lupa bersenam!

4. Banyakkan air, elak jangkitan kuman

Tahukah anda, peningkatan usia dalam kalangan wanita juga meningkatkan risiko masalah jangkitan kuman atau bakteria di saluran pundi kencing (UTI), buah pinggang, pundi kencing atau uretra.

Kajian menunjukkan, dengan menambah pengambilan air sekurang-kurangnya 1.5 liter setiap hari, masalah jangkitan boleh dielak sehingga 48%. Ia juga bermakna anda akan mengambil kurang antibiotik yang lazimnya digunakan melawan masalah jangkitan.

5. Menopaus

Perkataan ini agak mengerikan, lagi-lagi jika anda sudah mula merasa simptom-simptom awal putus haid. Lazimnya berlaku selepas usia 50an, menopaus memberi pelbagai kesan kurang baik sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Ia terjadi secara berperingkat atau mendadak. Kesan paling utama ialah ketidakseimbangan hormon, badan dan perasaan. Menopaus menyebabkan gangguan vasomotor seperti kulit memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi, masalah fizikal dan kejiwaan seperti kemurungan dan tekanan. Banyakkan pengetahuan mengenai menopaus dan dapatkan sokongan sesama rakan. Berbincang dengan suami, supaya memahami sedang anda lalui.

Leave a Reply

%d bloggers like this: