DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

5 Jenis Perut Buncit Wanita

5 Jenis Perut Buncit Wanita

Perut buncit pun ada jenisnya. Lebih bimbang, ada juga yang menandakan penyakit. Ini 5 jenis perut buncit yang perlu wanita ambil berat 👇🏻

1️⃣ PERUT KEMBUNG
👉🏻 Bentuk perut seperti menggelembung. Biasanya waktu pagi perut kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan tak berubah.
❗️ Satu dari penyebab utama adalah angin. Kurangkan makanan yg susah dihadam termasuk makanan pedas dan manisan. Mengunyah chewing gum atau minum guna straw juga boleh menyebabkan kembung.

2️⃣ PERUT STRES
👉🏻 Perut buncit kedepan tapi lembut bukan terasa keras. Bila stress dan tak buat sebarang aktiviti, semua lebihan tenaga tidak pergi ke mana2 hanya tersimpan sebagai lemak.
❗️ Atasinya dgn kawal stress, tidur cukup, dan lakukan senaman. Makan sedikit tapi membantu utk menghentikan fluktuasi hormon. .

3️⃣ PERUT IBU
👉🏻 3 bulan atau lebih selepas bersalin perut masih seperti hamil. Bahagian perut kendur, tiada bentuk dan menggeleber. ❗️Perut yang tak rata selepas bersalin terjadi kerana sewaktu hamil dan melahirkan, otot2 perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi.

4️⃣ PERUT TIROID
👉🏻 Penyakit tiroid bukan bahagian perut saja membesar tapi termasuk bahagian badan lain yg nampak seperti membengkak termasuk lengan dan kaki. Dapatkan pemeriksaan lanjut jika keadaan begini.
❗️Penyebabnya adalah kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan satu hormon utk kawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Tanda-tanda tiroid adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat.

5️⃣ PERUT PIR
👉🏻 Pinggang ramping, tapi bahagian perut bawah nampak lebih besar selain lebihan lemak di pinggul dan peha menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir. Boleh disebabkan faktor estrogen, sama ada genetik atau ketidakseimbangan hormon. .
❗Untuk elak perut berbentuk ni dan bahagian bawah badan lebih besar, elak makanan tinggi lemak yg berkait dgn peningkatan estrogen. .

Leave a Reply

%d bloggers like this: