5 Jurus Kejayaan Kungfu Panda

5 Jurus Kejayaan Kungfu Panda

Jurus Kejayaan Kung Fu Panda

Harini saya & anak2 menonton filem animasi Kung Fu Panda buat kesekian kalinya.

Kung Fu Panda anda filem kegemaran saya. Kenapa? Sangat banyak pengajaran terutama kepada business people like me.

So saya nak share dgn korang semua, apa yg saya terinspirasi dgn Kung Fu Panda.

(1) IDOLA ADALAH TARGET KITA

Target at least utk jadi satu level dgn idola, atau lebih baik dari mereka…. get into their circle, bukan nak jadi pemuja selamanya.

Po (si Panda) adalah pemuja The Furious Five, dan bila dia training di bawah Master Shifu, dia berusaha untuk jadi sebaris dgn TFF, walaupun awalnya kena reject…

(2) KELEMAHAN KITA ADALAH KEKUATAN UTAMA KITA

Saya biasa dgr alasan “Saya introvert” untuk tidak stand out. Hmm hmmm. Salah sama sekali. Introvert bukan penyebab tak boleh.

Po bukan saja berbadan besar, tak pernah ambil serious sesuatu, tapi juga asyik nak makan je. Tapi motivasi asyik nak makan tu menjadikan dia handal berkung fu.

(3) PERCAYA DAN BUAT SAJA WALAUPUN TAK LOGIK

Seringkali kita meragui keupayaan diri sendiri. ‘Ish, macam tak logik je’. Dan juga meragui keupayaan orang lain. ‘Boleh ke laaa dia ni’ tapi kita takkan tahu keupayaan sebenar sehingga kita tiada pilihan melainkan buat sampai jadi.

Bila Master Oogway meramalkan Po bakal menjadi Dragon Warrior, tiada siapa yg percaya, termasuklah Master Shifu, The Furious Five, apa lagi Po sendiri. Tapi walaupun begitu, mereka buat je & ternyata Po memang Dragon Warrior!

(4) KADANGKALA BENDA KITA TAK SANGKA TERJADI…

Kita rasa kita dah buat cukup bagus. Tapi realiti tak seperti diharapkan. It’s just life.

Macam pengawal2 penjara yg overconfident dgn Tai Lung… siapa sangka Tai Lung yg dipenjarakan bertahun2, boleh lolos dgn hanya sehelai bulu burung!

(5) KITA ADALAH HERO KEHIDUPAN KITA

Kita cenderung tengok ke kiri ke kanan, mencari2 siapa hero yg akan membantu kita. Tapi sebenarnya hero itu adalah kita sendiri.

Semasa Po membuka skroll Dragon Warrior, skrol tu rupanya kosong saja, yang ada hanya reflection wajahnya sendiri.

Semoga bermanfaat utk semua & jom kita dapatkan skroll Dragon Warrior masing2.

Salam Maghrib!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Powered by