5 Manfaat Avocado Untuk Kesihatan

5 Manfaat Avocado Untuk Kesihatan

”RAMAI YG TAK TAHU BETAPA MAHALNYA NILAI SEBIJI BUAH AVOCADO KEPADA KESIHATAN!”

Nak tahu apa kebaikan buah Avocado ni? Jom baca…

1) Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Avocado adalah buah yang kaya dengan lemak. Tapi yang menariknya, sebahagian besar daripada lemak tersebut adalah “lemak baik” atau dalam bahasa saintifiknya “lemak mono tak tepu”. Kandungan asid Oleic yang terdapat dalam Avocado adalah komponen yang sama yang ada dalam Minyak Zaitun! So, sapa yang tak sanggup nak telan olive oil, bolehlah amalkan Avocado untuk tambah lemak badan tapi dalam masa yang sama, sihat untuk jantung anda. Yelah, kalau badan awak ada banyak “lemak jahat”, risiko penyakit jantung tinggi tau

2) Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mengandungi jumlah Sodium atau bahasa mudahnya garam dalam darah. Salah satu cara nak rendahkan tekanan darah adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi Potassium. Kandungan Potassium dalam buah Avocado adalah tinggi, iaitu sekitar 500mg untuk sebiji Avocado! Potassium akan bekerja untuk mengurangkan kandungan garam dalam badan melalui air kencing. So, kalau korang ada family atau kawan yang mengalami tekanan darah tinggi, suruh dia makan Avocado selalu ye!

3)Membantu Menyerap Nutrisi

Apabila awak makan makanan lain yang mengandungi nutrisi bersama buah Avocado, kemampuan badan awak menyerap nutrisi akan meningkat. Tahu kenapa? Sebab, Avocado mengandungi jumlah lemak yang tinggi dan kandungan lemak ini membantu badan untuk menyerap nutrisi daripada makanan lain, terutamanya nutrisi yang larut dalam lemak. Menarik kan?!

4) Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan

Kolestrol yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah jantug tersumbat, tekanan darah tinggi, dan lain-lain. Kolesterol biasanya terdapat pada makanan segera atau fastfood. Tapi, kandungan lemak tak tepu yang terkandung dalam buah Avocado mampu membantu merendahkan kandungan kolestrol jahat dalam badan, menurut kajian. Yang lebih menarik lagi, Avocado tak ada kolestrol langsung. Wow!

5) Mengurangkan Nafas Berbau

Aaargh! Antara perkara yang memalukan adalah bila kita dapat tahu nafas kita berbau busuk. Rasa down, kan. Tahu tak, sebenarnya nafas berbau boleh dibendung dengan pengambilan Avocado. Kenapa? Sebab, Avocado membantu menghilangkan bakteria yang “berkeliaran” di tekak dan usua kita! So, lepas ni, potong Avocado dalam bentuk dadu kecil dan makan dua atau tiga pieces bila awak rasa nafas berbau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat