DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

5 Punca Sakit Semut-Semut Kebas

5 Punca Sakit Semut-Semut Kebas

KAKI KEBAS DAN RASA SEMUT-SEMUT? INI 5 PUNCANYA

Pasti ramai yang pernah merasai sebah dan semut-semut di bahagian kaki. Fenomena ini mungkin kerap berlaku jika duduk pada posisi salah atau berdiri terlalu lama.

Namun kadangkala, rasa sebah di kaki mungkin disebabkan isu kesihatan yang lebih serius.

Dr Anthony Geraci, pengarah Pusat Neuromuscular di Inistitut Kesihatan Sains-neuro di Manhasset, New York, berkongsi bersama laman Health.com berkata:

“Jika seseorang mengalami rasa sebah dan semut-semut lebih dari seminggu dan melibatkan lebih dari satu tubuh badan, ia mungkin membayangkan sesuatu (yang lebih serius).”

Dr Anthony Geraci, pengarah Pusat Neuromuscular, Inistitut Kesihatan Sains-neuro di Manhasset, New York
Berikut merupakan antara perkara yang boleh mengakibatkan sebah dan semut-semut di kaki:

1. SARAF TERHIMPIT
Menurut laman Health.com, urat saraf boleh terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang yang berdekatan dan mengakibatkan pelbagai rasa.

Ini antara punca utama rasa kebah di kaki.

Selain rasa kebah atau semut-semut, urat saraf yang terhimpit juga boleh mengakibatkan rasa sakit.

Namun, kondisi ini lazimnya boleh dirawat dengan agak mudah, seperti membetulkan postur badan, urutan dan menguatkan otot-otot berkenaan.

Namun bagi sesetengah kes, menurut Dr. Geraci, ubat pelali atau pembedahan juga diperlukan.

2. HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG
Tulang belakang manusia disambung dengan cakera pepejal. Apabila cakera ini terengsot, ia boleh mengakibatkan hernia pada tulang belakang, ‘slip disk’ atau cakera teralih.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh badan yang bongkok terlalu banyak atau mengangkat berat dengan posisi yang salah.
Akibatnya, urat saraf akan terhimpit dan menyebabkan rasa sebah dan semut-semut.

Seperti kes pertama, cakera yang teranjak ini juga boleh dirawat dengan senaman, urutan, ubat tahan sakit atau pembedahan pada sesetengah kes.

3. Kencing Manis
Dalam Buku Pegangan Diabetes karya Bilous dan Donelly R ada menyebut bahawa kesemutan yang muncul berulang kali tanpa sebab menunjukkan tanda-tanda penyakit kronik yang berbahaya seperti diabetes.

4. Angin Ahmar
Jika anda masih muda, rasa kebas di kaki jarang disebabkan angin ahmar kerana ia lebih kerap berlaku pada warga emas berusia lebih 60 tahun. Namun berwaspadalah kerana malang tidak berbau.

Antara simptom angin ahmar yang lain ialah percakapan kurang jelas, rasa sebah dan kelemahan atau tidak boleh bergerak pada sebahagian badan. Simptom-simptomnya akan datang secara tiba-tiba dan lebih kerap berlaku pada individu berisiko tinggi, seperti yang menghidapi penyakit darah tinggi, perokok dan pesakit kencing manis.

Ubat boleh mengelakkan kerosakan yang kekal, tapi perlu diambil secepat mungkin. Penting untuk mendapat bantuan serta-merta apabila terdapat simptom angin ahmar.

5. PENYAKIT ATERI PERIFERAL
Penyakit arteri periferal (PAD) berlaku apabila arteri tersekat dan menghalang aliran darah ke tangan dan kaki. Selain mengakibatkan rasa kebas dan semut-semut, PAD juga mengakibatkan rasa sakit ketika berjalan.

PAD selalunya menandakan terdapat pengumpulan lemak dalam arteri yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar pada masa depan.

Rawatannya? Berhenti merokok, makan makanan sihat dan bersenam, urutan, bekam serta makan ubat yang sewajarnya.

Berbekam mampu melancarkan pengaliran darah .Jika anda sering kebas-kebas dan mahu mendapatkan rawatan urut .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.