DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

5 Sayur Kampung Terbaik Untuk Kesihatan

5 Sayur Kampung Terbaik Untuk Kesihatan

Banyakkan makan sayur hijau

pucuk paku kaya dengan zat besi dan mengandungi vitamin A yang dikatakan penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
buah jering yang baik untuk tulang kerana kaya dengan protein, kalsium, zat besi dan fosforus.

Ulam pegaga sebagai contohnya yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit

Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.

Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.

Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Leave a Reply

%d bloggers like this: