DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

5 Sebab Kenapa Kanak-kanak Kurang Terjejas Akibat Jangkitan Covid-19

5 Sebab Kenapa Kanak-kanak Kurang Terjejas Akibat Jangkitan Covid-19

Mengapa jumlah KANAK-KANAK yg terjejas dengan penyakit COVID19 SANGAT-SANGAT RENDAH?

1. “Innate” immune system yg lebih cekap dan efisyen dlm kanak-kanak. Disebabkan sistem yg hebat ini juga, kanak-kanak didapati kurang terjejas dari virus seperti Mers-cov, Sars-cov1 dan penyakit measles.
(Sila belajar pasal innate immune sistem ya! mudah untuk meningkatkan sistem ini dan fahami kenapa ia mudah lumpuh juga dikalangan org dewasa)

2. Paras vitamin D yang amat rendah dikalangan org dewasa berbanding dari kanak-kanak. Ini mungkin sebab mereka lebih kerap bermain dan terdedah dibawah sinaran matahari terik. Majoriti pesakit COVID19 yg dpt komplikasi teruk mempunyai paras vitamin D yg tidak mencukupi

3. Benteng perlindungan sistem pernafasan kanak-kanak yang masih “fresh”, functional dan belum dicemari oleh asap rokok dan pollution.

4. Kurang penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti dikalangan kanak-kanak.

5. Sars-cov2 berasal dari keluarga corona. Keluarga corona ini banyak menyebabkan selsema. Memandangkan kanak-kanak kerap dapat selsema, antibodi yg terbina setelah terdedah pada corona sebelum ini berkemungkinan memberi sejenis perlindungan dari jangkitan Sars-cov2.

kredit : M Abdus Salaam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat