5 Tips Kecantikan Menggunakan Bahan Semulajadi

5 Tips Kecantikan Menggunakan Bahan Semulajadi

Jom kita baca baca sikit khasiat semulajadi ciptaan Alla swt. Mana tahu boleh apply dan amalkan, bersama suplemen shaklee, barulah seimbang.

1. Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

2. Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

3. Kunyit

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.

4. Serbuk penaik

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.

5. Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat