DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

6 Cara Elak Makanan Cepat Basi

6 Cara Elak Makanan Cepat Basi

TIPS: 6 Cara Elak Makanan Cepat Basi.

Mesti anda akan stress kalau makanan yang dimasak cepat sangat basi. Masak waktu pagi tak sampai petang makanan dah berbau basi. Tak pasal-pasal nak kena masak lain.
Disini min akan kongsi tips-tips supaya makanan dapat disimpan lebih lama sedikit.

1>Pastikan makanan yang dimasak garing dan pecah minyak.

Semasa menumis, anda mesti memastikan bahan-bahan yang yang ditumis itu betul-betul garing dan pecah minyak. Untuk mengetahui makanan tersebut dah pecah minyak, anda akan nampak percikan minyak di sekeliling bahan dan ia dah berubah warna.
Selepas bahan-bahan tumis dah garing dan pecah minyak baru lah anda boleh masukkan ayam, daging, udang dan sebagainya.

2> Gunakan bawang merah kecil berbanding bawang besar.

Petua orang dulu-dulu selalu kata yang bawang besar dapat membuatkan makanan cepat basi. Jadi untuk mengelakkan makanan kita cepat basi, cuba tukar penggunaan dari bawang besar ke bawang kecil.

3> Elak menggunakan timun dan tomato.

Timun dan tomato merupakan sayur yang cepat berair. Jika anda hendak menyimpan makanan tersebut lama, elak menggunakan dua sayur tersebut. Sesetengah orang, mereka membuang biji tomato dan timun tersebut bagi mengelakkan ia berair.

4> Jauhkan makanan dari bahang api.

Selepas anda siap memasak, anda disarankan untuk mengangkat periuk dari dapur tersebut.

5> Jangan meletakkan makanan di dalam bekas yang basah.

Makanan yang diletak didalam bekas akan menyebabkan makanan tersebut cepat basi kerana mengandungi bahan yang sedikit tercemar atau tidak masak.

6> Pastikan makanan sejuk sebelum ditutup.

Sebelum memasukkan makanan ke dalam bekas yang tertutup, anda perlu memastikan makanan tersebut betul-betul sejuk baru anda masukkan makanan tersebut dan tutup. Jika anda menutup bekas makanan tersebut dengan makanan tersebut masih panas, ia akan cepat basi.

kredit : Honey Bella

Leave a Reply

%d bloggers like this: