DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

6 Checklist Untuk Berat Badan Anda Turun

6 Checklist Untuk Berat Badan Anda Turun

Dah Diet dan Bersenam, Tapi berat badan meningkat/sama?

So, ada dapat satu soalan dari group DSSS yang best untuk dikupas, cuma aku nak bagitahu aku cuma ambil konteks soalan ni sahaja yang korang boleh guna sebagai “checklist” jika terjadi untuk diri korang, bermaksud aku tidak menjawab dari perspektif orang yang bertanya.

So tekan like button tu siap-siap sebab confirm kau akan belajar satu dua perkara dari ni.

1. Turun Berat Badan Bukan Satu Jalan Lurus
Kau kena faham, kau tak boleh turun berat badan setiap hari, ada hari kau timbang berat air lebih, ada hari berat air kurang, itu basic progression, turun naik itu biasa, lagi lama kau dalam journey turun berat badan, lagi gila kau tengok penimbang sampai satu masa nombor tu dah tak jadi penting.

2. Mula untuk Kira Kalori
DSSS, IF, Keto, Atkin semua mengguna pakai prinsip yang sama, iaitu meletakkan individu yang berdiet dalam kalori defisit (secara tidak sengaja), bila korang start kawal portion dan jenis makanan tapi tak turun berat badan, korang kena ambil kira pula jumlah pengambilan Kalori harian.

Ada orang selama ni dia makan memang dah sikit, tapi sebab nak turun berat badan, dia guna konsep DSSS, padahal nilai kalori dia tak berubah. nasihat aku, tengok balik gaya makan kau sebelum ni, dan adjust sahaja dari situ.

3. Bagaimana Tidur Kau
Adakah kau dapat tidur yang cukup? adakah kau kerap terbangun pada waktu malam. Pengurusan tidur dan stres sangat penting, bila korang start makan dalam nilai kalori yang terlalu sikit, badan kau akan mula “misbehave”, kau akan cepat stress, kerap bangun malam sebab badan kau perlu makan.

Turun berat badan perlu ambil kira pelbagai aspek dan kriteria, orang yang kerap bersenam perlukan lebih makan, lebih tidur, law of thermodynamics, nak turun berat badan pun kena main dengan thermodynamics law.

4. Inchloss
Keberkesanan diet/bersenam bukan sahaja diukur dari nombor yang ditunjukkan dari penimbang sahaja, ukur lilit pinggang pun penting, seluar Jean lama kau tu muat tak?

5. Perubahan Komposisi Badan
Badan kita ada otot, lemak dan tulang, bila kita start bersenam, ada kemungkinan berat otot mula naik dan berat lemak mula kurang menjadikan nombor di penimbang mengalami perubahan yang sangat sedikit, jangan kecewa, itu adalah progression yang sangat baik.

6. Apa Kau Rasa?
Adakah mood kau semakin baik, adakah kau semakin bertenaga, kurang keletihan, semakin fokus itu semua boleh dijadikan sebagai progress dalam diet/bersenam, apa yang saya dapat dari Azmil Saleh, diet yang baik akan memperbetulkan dalam diri korang sebelum ia diterjemahkan dari luar (berat badan).

Ingat, no di tambangan bukan segala-galanya, cuma timbangan di akhirat kelak akan menentukan segalanya. Allahu…

kredit : Adam Fitri
bukan certified MD

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat