6 Fakta Tentang Virus Polio

Takut pula bila tiba-tiba wabak polio muncul semula. Parents sila alert ya.
Ini beberapa fakta penting tentang polio.
◾️ Polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat, lalu menyebabkan lumpuh.
◾️ Virus polio lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian vaksin / imunisasi. Walau bagaimanapun virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa.
◾️ Polio adalah penyakit yang tidak boleh diubati. Rawatan bagi penghidap polio hanya boleh memperbaiki mobiliti. Tiada rawatan sedia ada atau ubat yang boleh memulihkan kelumpuhan kekal.
◾️ Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan, vaksin Polio akan diberi ketika berumur 2, 3, dan 5 bulan dengan dos tambahan pada umur 18 bulan.
◾️ Dengan melengkapkan kesemua suntikan ini akan memberikan perlindungan dari jangkitan polio ini sebanyak 99% ke 100%. Jadi, ibu ayah jangan lupa temujanji vaksin untuk anak-anak ya!
◾️ Langkah pencegahan:
– Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas.
– Pastikan kebersihan yang baik, terutamanya pada bayi yang masih belum bercerai lampin.
– Didihkan air minuman atau minum air yang dibotolkan atau air berkarbonat. (pastikan pembalut penutup botol tidak rosak).
– Makan makanan yang tidak memerlukan banyak pengendalian. Kupas kulit buah-buahan. Elakkan salad atau ulam-ulaman (sayuran yang tidak dimasak).
– Memakan hidangan bufet sebaik sahaja dihidang.
– Elakkan makan makanan berbungkus yang dijual di tepi jalan.