DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

6 Makanan Sex Drive

6 Makanan Sex Drive

Petang ni hilang 3 orang follower sebab saya tanya pasal cinta. Cip kan dietitian, borak pasal makan jela. Unfollow lah macam ni. Haa.. mungkin begitu katanya.

Untuk memberi kembali aura diet, saya nak kongsi beberapa jenis makanan yang dikaitkan dengan cinta atau di panggil Aphrodisiac. Zaman dulu fames dengan makanan macam ni untuk meningkatkan rasa cinta dan sex drive.

Ini adalah campuran sains dan mitos. Baca jela untuk info.

1. Oyster – ada yang kata kerana amino acid di dalamnya meningkatkan paras testosteron lelaki.

2. Delima – kajian yg ditaja oleh satu syarikat delima (ofkos bias) menyatakan bahawa ambil delima meningkatkan testosteron. Tapi kita tahu mesti kajian ni mengarut. Kalau tanya saya, warna dia kot mengancam.

3. Chilip pepper – kepedasan yang meningkatkan nafsu katanya.

4. Asparagus – orang Itali akan makan asparagus 3x sehari sebelum majlis perkahwinan mereka dengan harapan dapat lebih perform. Aspragus disukai kerana rupanya dan vitamin E yang meningkatkan aliran darah ke alat sulit.

5. Madu – Femes dari zaman Greek lagi dimana Hippocrates dikatakan memberi preskripsi madu kepada pesakitnya yang ada masalah hubungan kelamin.

6. Strawberi – dikaitkan dengan warnanya yang menarik dan tinggi vitamin C . Ia juga tinggi magnesium dan zinc yang meningkatkan keinginan seksual lelaki dan wanita.

Itulah serba sedikit kaitan makanan yang dipanggil Aphrodisiac. Selain tu, kalau keluar dating tapi bayar asing-asing, lupakan jelah lelaki tu . haha

Mohd Khairul Azuan
Info Diet Mitos Greek Tapi Tak Salah Pun Nak Cuba.

Leave a Reply

%d bloggers like this: