6 Sebab Tulang Cepat Rapuh

6 Sebab Tulang Cepat Rapuh

Apakah perkara yang boleh menyebabkan tulang jadi kurang padat?

1) Menopaus.

Punca utama dalam kalangan wanita ialah menopaus sebab hormon estrogen berfungsi melindungi tulang dengan mencetuskan sel tulang membina kepadatan tulang.

Hormon oestrogen berkurangan dengan drastik selepas menopaus. Mengikut statistik, 50% Wanita Malaysia ada osteoporosis selepas menopaus.

2) Kekurangan zat-zat berkaitan, iaitu kalsium, magnesium, vitamin D, zink, kuprum, mangan dan boron.

Kepadatan tulang ni perlu dibina dari kecil sebab bila dewasa, kalau tulang tak capai kepadatan maksima risiko osteoporosis lebih tinggi.

3) Kehidupan yang kurang aktif. Kehidupan yang aktif sebenarnya menyuburkan sel tulang.

4)Pengambilan kafein berlebihan, sebab kafein boleh menganggu penyerapan kalsium. Mana-mana wanita yang gemar minum kopi, sebaiknya hadkan kafein tak lebih 2 cawan sehari.

5) Suntikan perancang, iaitu depo provera dikatakan boleh jadi punca osteoporosis juga. Depo provera boleh mengurangkan paras estrogen, jadi mungkin boleh mengurangkan sedikit kepadatan tulang. Tapi kena ingat, banyak faktor yang boleh menyebabkan tulang terurai dan menyebabkan osteoporosis.

Jika anda tahu anda mengambil suntikan depo, anda mungkin perlu meningkatkan kalsium dan nutrisi lain.

Depon provera juga tak sesuai untuk jangka masa panjang. Jika dah lebih 10 tahun atau anda dah berumur 45 tahun dan ke atas, maka lebih baik berhenti gunakan depo.

Begitu juga kaedah perancang hormon progesteron sahaja. Risiko tulang mudah terurai mungkin ada.

6) Beranak yang kerap dan rapat.

Satu penyebabnya ialah sebab kita tahu ibu mengandung dan menyusu perlukan lebih banyak kalsium dan zat makanan lain untuk kongsi dengan baby dan untuk buat susu.

Selain daripada tu jugak, mengandung dan menyusu adalah fasa hormon estrogen rendah dan hormon estrogen adalah pelindung kepada tulang kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.