6 Tempat Larangan Simpan Duit Kecemasan

6 Tempat Larangan Simpan Duit Kecemasan

6 tempat yang tidak patut kamu letakkan wang kecemasan tersebut

1. Dompet atau beg tangan lama.

Jangan letakkan wang kecemasan kamu di dalam dompet atau beg tangan lama. Walaupun kamu sudah tidak menggunakannya lagi, tidak bermakna ia merupakan tempat yang selamat untuk menyimpan wang.

2. Bakul laundry.

Kamu mungkin merasakan bahawa ia adalah idea yang baik untuk menyimpan wang kecemasan kamu di mana tidak seorang pun akan terfikir kamu menyimpannya di situ. Namun, pencuri akan menggunakan bakul untuk meletakkan barang hasil curiannya. Jadi, jaga-jaga.

3. Peti besi yang mudah dibawa.

Tidak kira besar atau kecil peti besi tersebut, sekiranya ia mudah diangkat oleh pencuri, tiada gunanya kamu letakkan duit kecemasan di dalam peti besi tersebut. Sebaiknya, simpan wang kecemasan kamu di dalam peti besi yang melekat pada dinding atau lantai.

4. Laci dan kabinet

Kabinet dan laci yang tertutup sering menjadi pilihan pertama untuk para pencuri mencari wang atau barang kemas. Malah, sebelum mencuri tentunya mereka sudah membawa barang kelengkapan seperti screwdrivers untuk mengumpil kabinet yang dikunci.

5. Belakang bingkai foto

Sangat klasik! Pencuri juga menonton filem sama seperti kita. Jadi, mereka juga pasti tidak teragak-agak untuk mencari simpanan wang kecemasan kamu di belakang bingkai gambar.

6. Bawah tilam

Tempat yang sangat cliche untuk menyimpan wang kecemasan kamu. Jangan fikir dengan menyorok wang di tempat kamu tidur, ia akan selamat. Pencuri juga manusia seperti kita. Tentunya bawah tilam merupakan sasaran mereka.

@GayaSihatCantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Powered by