DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

6 Tips Gaya Hidup Sihat

6 Tips Gaya Hidup Sihat

Komplikasi obesiti ini bukannya main-main dan hanya mahu menakutkan anda. Ia adalah benar!

Bekerja di hospital, banyak kes yang melibatkan komplikasi obesiti yang saya lihat sendiri di sini. Antara yang paling kerap sekarang saya jumpa adalah liver disease sehingga tahap cirrhosis.

Perut yang dulu besar kerana lemak sekarang sudah kurus tetapi dipenuhi pula dengan cecair (ascites). Mata pun berwarna kuning (jaundice). Kaki dan tangan kurus kering dek kerana penggunaan protein yang banyak dalam badan bagi melawan penyakit.

Jika anda sudah berumur atas 30 tahun tetapi masih tidak tahu bagaimana mahu memulakan gaya hidup sihat, saya berikan tips mudah di bawah:

1. Tidur yang cukup at least 6 jam sehari.

2. Minum air kosong menggantikan air bergula dan dar susu pekat manis atau krimer.

3. Mula makan buah setiap hari

4. Bersenamlah 3x seminggu. Sederhana pun cukup.

5. Lupakanlah rokok

6. Makan makanan rendah kandungan lemak dan garam. Kurangkan kuah berlemak dan makanan bergoreng.

7. Jangan tambah lagi berat badan anda.

.
Mari kita sama-sama perbaiki diri dan berdoa supaya kekal sihat sepanjang hayat.

Kerja di hospital sentiasa menyedarkan saya bahawa perjuangan membanteras obesiti dan gaya hidup sihat perlu sentiasa diteruskan walaupun orang kata macam-macam kat kita.

Kalau saya nasihat sampai rasa nak marah tu, percayalah itu tanda sayang.
.

Mohd Khairul Azuan
Dietitian

Leave a Reply

%d bloggers like this: