DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

7 Aktiviti Membantu Turunkan Berat Badan

7 Aktiviti Membantu Turunkan Berat Badan

7 Aktiviti Pagi Yang Membantu Menurunkan Berat Badan.

1. Kemas tempat tidur – Lakukan rutin ini amat baik kerana ia memberi tanda kalian telah menang pertempuran antara malas dan rajin pada saat pertama kalian sedar dari tidur.

2. Bersenam ringan setiap pagi – mungkin bukan jogging atau ke gym. Cukup dengan streching atau yoga. – Aktiviti ini akan menambah semangat kalian untuk kekal sihat dan melawan kemalasan yang sedia ada dalam diri.

3. Mandi Terus selepas itu – Satu lagi aktiviti yang bukan saja bagus untuk kesihatan, Malah satu menifestasi kepada diri kalian membuat pilihan yang betul walaupun kalian perlu menghadapi air yang sejuk di pagi hari yang sejuk.

4.Minum Air Kosong – Dari mengambil air teh, milo atau nescafe setiap pagi tukar air kalian kepada air kosong.

5. Membaca – Apa kena mengena dengan turunkan berat badan. Sebenarnya banyak. Membaca menambah ilmu, malah melatih diri fokus dari gangguan luar. Bila kalian fokus, proses penurunan berat badan akan jadi mudah.

6. Makan Makanan Yang Sihat – Ini berkaitan pilihan. Menangi antara nafsu dan keperluan. Nikmati hidangan pertama kalian dengan hidangan sihat akan menyediakan diri kalian dengan tenaga yang baik dan mendapat manfaat kesihatan yang baik.

7. Berkomunikasi antara keluarga – Jangan tinggalkan pagi kalian ke destinasi tanpa berkomunikasi dengan orang yang kalian sayang. Berbual santai akan membantu kalian kurangkan stress dan akan membahagiakan kalian.

7 Aktiviti itu seolah tiada kaitan besar dalam usaha penurunan berat badankan? Tapi percayalah inilah asas setiap pagi kalian harus buat. Rutin ini walaupun impaknya dari segi pembakaran kalori sangat sikit, tapi dari segi Mentaliti ia amat membantu.

Aktiviti inilah akan membentuk mentaliti yang betul untuk kalian turunkan berat badan. Menguasai diri sendiri dengan membuat pilihan bijak, melawan kehendak nafsu akan menyebabkan kalian fokus dan enjoy dalam proses kalian untuk turunkan berat badan.

Kalau kalian belum cuba, apa kata give it a try. Kalian yang benar benar nekad pasti akan dapat merasai kelainan dan impak dari rutin kecil setiap pagi ini.

2 thoughts on “7 Aktiviti Membantu Turunkan Berat Badan

Leave a Reply

%d bloggers like this: