DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

7 Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat

7 Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat

1. Buang lemak Pada Daging Dan Kulit Ayam

Ada orang takut makan ayam lantaran ada begitu banyak lemak di dalamnya. Padahal anda boleh menghindarinya dengan cara pengolahan yang baik. Antaranya buang lemak pada daging dan kulit ayam. Cara merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.

2. Basuh Buah-buahan Dan Sayur-Sayuran Sebelum di Makan.

Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan kimia berbahaya.

3. Jangan Memotong atau Menghiris Kecil Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Ia akan membuatkan sayur itu cepat masak dan daun sayur itu boleh menghilangkan khasiat makanan itu.

4. Bagi Kekalkan Khasiat Ubi Kentang dan Keledek,Masak Bersama-sama Kulitnya.

Khasiat ubi kentang ini lebih terjamin apabila anda masak bersama kulit. Oleh itu,pastikan anda membasuh dengan bersih sebelum memasaknya.

5. Memastikan Air Mendidih Atau Minyak Benar² Panas.

Sebelum memasukkan makanan pastikan minyak untuk mengoreng atau air untuk merebus telah benar² panas. Jika anda masak sayuran hijau jika air atau minyak tidak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Anda juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur-sayuran yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Sekaligus menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya.

6.Kurangkan Pengunaan Garam, Gula dan Bahan Pengawet Dalam Makanan.

Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus atau pun sayuran seperti karot untuk menambah rasa masakan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.

7. Jangan Gunakan Minyak Masak Berulang Kali

Minyak masak yang digunakan berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Justeru anda dinasihatkan merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan makanan yang digoreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.